CARI-MAL Publish time 12-5-2023 02:13 PM

Tak Pernah Dibuat Orang! Mak Terhebat Memandai 'Breastfeeding' Anak Influencer Masa Majlis Aqiqah

Pempengaruh Afieqah Hasanah mendedahkan anaknya disusukan kenalan rapat tanpa kebenaran.


Difahamkan, kejadian berlaku ketika dia dan suaminya, Faka mengadakan majlis aqiqah sempena kelahiran putera sulung mereka, Muhammad Hayder Farish pada minggu lalu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/12/141000cl43hulykguzjwg6.jpgIG




Menurut Afieqah dalam hantaran di TikTok, dia tidak menyangka kebimbangan mengenai keselamatan anak yang diluahkan ramai ibu bapa di media sosial turut terjadi kepadanya.


Rasa nak menangis katanya.


Menurut cerita Afieqah lagi, ia berlaku sewaktu dia sedang sibuk menguruskan majlis yang bakal berlangsung sebelum wanita yang dimaksudkannya secara tiba-tiba meminta untuk menjaga Hayder.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/12/141002b8pduj7yfntj2k0y.png



Namun, dengan tidak semena-mena wanita yang diberikan kepercayaan ini menyusukan anak Afieqah tanpa pengetahuan dan keizinannya.


Ujar Afieqah, bukan sekali tetapi lebih dua kali wanita ini 'kantoi' sesuka hati menyusukan Hayder tanpa keizinannya.




202305up_1683871828207
TikTok


Walaupun sudah seminggu insiden itu berlaku, perkara berkenaan masih bermain difikiran Afieqah.


Baginya, walaupun niat wanita itu baik namun dia lebih mementingkan isu kesihatan anaknya yang masih kecil.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/12/141118pqoow9u6vz75a550.jpgAdd Image Caption Here




Rata-ratanya turut bersimpati dengan apa yang terjadi kepadanya malah turut kecewa dengan wanita yang bertindak menyusukan anak Afieqah.




Sumber: mStar

Themilo Publish time 12-5-2023 02:16 PM

tak pasal-pasal jadi ibu susuan. mintak dijauhkan la kalau budak tu dah besar, berjodohan pula dengan anak ibu susuannyaahhh... yihhhh... prihatin tak bertempat.. :curse:

cmf_premierleag Publish time 12-5-2023 02:41 PM

Apahal tetiba ko nk susukan anak org ni
Agak2 la weh...dah mcm mental je
Kalo org waras normal, at least ask permission la dr mak kandung budak tu.
Sah la gila

PULANGKAN Publish time 12-5-2023 02:44 PM

wehh gila punya perempuan

dah jadi ibu susuan la sengal

gilaaa

prince_marhaen Publish time 12-5-2023 03:23 PM

tetey pompuan tu dah lama tak disentuh kot..tu yang menggelitat bagi baby sutek dia...bodoh punya pompuan... benda kaitkan hukum nasab dan kesihatan anak orang kot.. dah la tak tau kau makan melantak apa kan..

pilot Publish time 12-5-2023 03:38 PM

cmf_premierleag replied at 12-5-2023 02:41 PM
Apahal tetiba ko nk susukan anak org ni
Agak2 la weh...dah mcm mental je
Kalo org waras normal, at l ...

pefeeling fetish ke...mak aih seramnya :dizzy:

Prickford Publish time 12-5-2023 03:46 PM

PULANGKAN replied at 12-5-2023 06:44 AM
wehh gila punya perempuan

dah jadi ibu susuan la sengal


Tapi anak tu tak jadi anak susuan kan sebab at least kena 5 kali kenyang. Tapi sape nak anak dia isap tetek pompuan mana yg makan minum dia kita tak tau, penyakit dia apa. Sah gila orang tu.

nanasno Publish time 12-5-2023 04:05 PM

ape kejadahhhnyaaa ko susukan anak diaaaaa. kalau baby tu tengah nangis pun ko pas la balik kat mak diaa. gilaaaaa

jihyomelly Publish time 12-5-2023 04:05 PM

gila! dah lama takde sapa nak menetek ke sampai sangap sgt sua kt baby org lain…fetish org nyonyot tek kot.. :I

babelina Publish time 12-5-2023 04:22 PM

Ya Allah.. ngeri nya..

cmf_premierleag Publish time 12-5-2023 04:24 PM

pilot replied at 12-5-2023 03:38 PM
pefeeling fetish ke...mak aih seramnya

Tu la..aku syak sejenis fetish minah tu
Mcm x normal je
Baby tu sah2 la x tau apa2

HoneyManjer Publish time 12-5-2023 04:29 PM

haha pelik2 eh zaman skang nih...
ada pulak tu susu dia tuh...
gigih nak susukan anak org...
ke sebab anak influencer...ko pun nak enterprem sama
eh apooooooo...
sick people!

Lagubestbest Publish time 12-5-2023 04:38 PM

auto jadi keluarga gitu. boleh claim faraid x?

melinda_kerr Publish time 12-5-2023 04:39 PM

dah few times kan minah tu susukan. tpi pelik gak nape masih bg access kt perempuan tu dekati family tu. i syak perempuan tu tk waras.

Jennyrol Publish time 12-5-2023 06:52 PM

I ada anak kck yg bf.. takutnye ade pompuan mcm ni.. jgn la bg anak didukung org x sebarangan

Suchi Publish time 13-5-2023 06:35 AM

Themilo replied at 12-5-2023 02:16 PM
tak pasal-pasal jadi ibu susuan. mintak dijauhkan la kalau budak tu dah besar, berjodohan pula denga ...

Kalau 2 kali kenyang lum jd lagi, tp nk susukan ank org kena la tanya mak pak budak tu dulu.
Peliknya sesuka hati dia je nyusukan anak org.Nak sumbat apa2 kat mulut anak org kena tanya mak pak dia dulu

Suchi Publish time 13-5-2023 06:37 AM

Prickford replied at 12-5-2023 03:46 PM
Tapi anak tu tak jadi anak susuan kan sebab at least kena 5 kali kenyang. Tapi sape nak anak dia i ...

Ada susu ke tak tetek dia tu? Harap bkn sbb fetish or sangap ke apa.
Bahaya juga kot2 dia saja amik kesempatan kat baby tu.

bitterchoc Publish time 13-5-2023 07:54 AM


Tak boleh bagi dia pegang lagi anak tu lagi ever again. Jangan biarkan anak tu sendirian dengan dia, contohnya masa anak tengah tidor ke apa. Sebab nanti pompuan ni akan angkat dan bf lagi kononnya budak tu nangis ke apa.

kerani_je Publish time 13-5-2023 11:04 PM

Depa ni laki bini ada je create issue. Entah btul ke idok ada org nk breastfeed baby die saje2. X kuasa la org nk menetek kn anak org. X pasal2 puting tu jd lebam makin gelap. Ke saje dema laki bini nk fyp kat tiktok. Ada je la isu diorg dari bini pregnant hari tu.

hashashes Publish time 14-5-2023 12:05 AM

Erm aku takut gak kot masa pantang dulu cl aku ada tetek kan baby aku ke masa dalam bilik :dizzy: kita dalam pantang kan x cukup tido so bila dia offer nak jaga kan memang auto terus bagi je
Pages: [1] 2
View full version: Tak Pernah Dibuat Orang! Mak Terhebat Memandai 'Breastfeeding' Anak Influencer Masa Majlis Aqiqah


ADVERTISEMENT