ctA Publish time 11-12-2010 02:09 AM

PUISI PEREMPUAN DEGIL

Rasanya seperti berdiri di bawah matahari
bermula basah dan terus terhidrasi
maka langsung kering
pada kulit terus sampai ke hati

Rasa seperti berdiri di bawah matahari
dari pagi sampai ke penghujung hari
dari putih kaki sampai terbakar jari
tapi tak terganjak dek aku untuk pulang lagi

ctA Publish time 11-12-2010 02:11 AM

Bila satu suara manusia pun tak ada
bunyi kereta mengetuk gegendang telinga
dengan kafein yang meracun kepala
maka terbang aku pada hikayat lama


aku nampak dia
menunggu aku di tepi tangga
memandang aku dari atas bangunan kota
memandang aku dari tingkap kaca
dengan telefon di telinga
dan berkata kita akan terpisah kerana masa
kerana kita perlu belajar
tentang hidup dan cita-cita
tentang kita yang perlu membina kita


Kata dia... paling sayang
paling cinta...
paling indah pada mata...
dan dia akan terpaling setia...
Maka kataku aku yakin tuhan sudah ikatkan jiwa
mana mungkin Tuhan guntingkan talinya
...dan aku manusia terpaling silap


dan akhirnya...
terasa yang pergi itu sentiasa ada
sentiasa pada mata
tersangkut namanya pada hati
lantas hingga sekarang dia tidak pergi-pergi...

cmf_raudah Publish time 13-12-2010 04:37 PM

rasa ingin pergi..
namun hari masih dingin..
rasa ingin menjauh..namun..
semakin hari semakin tersekat...
benarkah ia..ataukah aku yg tersilap...
penuhi lankah itu....tapakkan didadaku..
moga bara itu kembali beku..
Pages: [1]
View full version: PUISI PEREMPUAN DEGIL


ADVERTISEMENT