mattzzx Publish time 11-5-2023 04:38 PM

Skuad terjun sapu bersih emas Sukan SEA

https://assets.bharian.com.my/images/articles/tera54_1683786354.jpg
Enrique Maccartney Harold dalam acara platform lelaki. Foto: REUTERS

PHNOM PENH: Skuad terjun negara terus membuktikan bahawa mereka jaguh rantau Asia Tenggara apabila sekali lagi menyapu bersih pingat emas di pentas Sukan SEA Kemboja 2023.

Ia selepas skuad negara memenangi semua empat acara yang dipertandingkan pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023.

Prestasi cemerlang skuad negara di Pusat Akuatik Morodok Techo dilengkapkan dengan pingat emas dan perak yang diraih Enrique Maccartney Harold dalam acara platform lelaki, hari ini.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/harola_1683786358.jpg
Aksi Enrique Maccartney Harold dalam acara platform lelaki. Foto: REUTERS

Enrique mengumpul mata keseluruhan 442.95, mengatasi rakan senegara, Bertrand Rhodict Anak Lises yang meraih 384 mata manakala atlet penerjun Singapura, Max Lee Shen Oon (362.8) memenangi gangsa.

Untuk, rekod skuad terjun negara menyapu bersih lapan pingat emas yang dipertandingkan di Sukan SEA Vietnam, tahun lalu.


https://assets.bharian.com.my/images/articles/11terj_1683786362.jpg
Atlet terjun wanita negara bagi 3m papan anjal Kimberly Bong memenangi emas pada Kejohanan Sukan Sea ke-32 di Stadium Morodok Techo. - Foto NSTP/FATHIL ASRI

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2023/05/1099750/skuad-terjun-sapu-bersih-emas-sukan-sea
Pages: [1]
View full version: Skuad terjun sapu bersih emas Sukan SEA


ADVERTISEMENT