mattzzx Publish time 10-5-2023 02:32 PM

Pengorbanan berbaloi Umar

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/umar10_1683695156.jpg
UMAR cipta sensasi lakar rekod baru kebangsaan 400m. FOTO Fathil Asri

Phnom Penh: Atlet pecut muda negara Umar Osman mendedahkan perjalanannya ke Sukan Sea Kemboja penuh berliku termasuklah mengambil keputusan menangguhkan pelajaran ke tingkatan enam untuk menyertai kem latihan kebangsaan bermula awal tahun ini.

Umar yang berjaya memecah rekod kebangsaan dalam acara 400 meter (m) semalam berkata, dia juga terpaksa mengharungi latihan yang cukup perit semata-mata mahu membuktikan kehadirannya di pentas temasya dwitahunan ini adalah berbaloi.

"Pada peringkat awal, siapa pun tidak memberikan kepercayaan untuk memenangi pingat namun dorongan keluarga, jurulatih dan rakan menguatkan saya untuk mencipta kejutan.

"Saya sanggup tak habiskan tingkatan enam untuk pilih pengorbanan demi Malaysia, masuk kem latihan kebangsaan dan berlatih sampai tak boleh bangun.

"Saya menangis kerana tidak menyangka penampilan pertama di temasya Sukan Sea berjaya membawa pulang emas dan memecah rekod kebangsaan," katanya.

Terdahulu, atlet berusia 20 tahun itu mencipta sensasi apabila dia menghadiahkan emas ketiga negara dalam acara 400m.

Umar juga berjaya mencipta rekod baharu kebangsaan 46.34 saat(s) sekali gus memadam rekod lama yang dicipta Mohd Zaiful Zainal Abidin yang mencatat 46.41s pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia edisi 2001.

Pada acara yang berlangsung di Stadium Morodok Techo itu menyaksikan perak dan gangsa milik atlet Filipina Umajesty Wesley (46.52s) serta Frederick Cabatu (46.63s).

Sementara itu, Umar berkata, dia akan cuba sekali lagi mencipta kejutan dalam acara 4x400 m untuk membawa pulang emas buat negara kelak.

"Saya akan turun beraksi pada acara 4X400 m dan sudah tentu kemenangan ini (menang emas individu 400m) akan menjadi pemangkin pada yang lain untuk pamerkan larian terbaik mereka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/05/965221/pengorbanan-berbaloi-umar
Pages: [1]
View full version: Pengorbanan berbaloi Umar


ADVERTISEMENT