sfhzuraz Publish time 8-5-2023 01:02 PM

Abu Samah kini Pemangku Ketua Polis KL

Abu Samah kini Pemangku Ketua Polis KL


Oleh Nor Azizah Mokhtar - Mei 8, 2023 @ 12:42pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/345453151_1432580574214368_5739283838916497420_n_1683520959.jpg
Pemangku Ketua Polis KL Datuk Yahaya Othman menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat & Serah Terima Tugas Jawatan Pegawai Kanan Polis Kontinjen Kuala Lumpur di IPK KL, hari ini.



KUALA LUMPUR: Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur (KL), Datuk Abu Samah Mohd Noor dilantik sebagai Pemangku Ketua Polis KL, berkuat kuasa hari ini.
Beliau menggantikan Timbalan Ketua Polis KL, Datuk Yahaya Othman yang memangku jawatan Ketua Polis KL sejak 24 Mac lalu sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Pahang berkuatkuasa 15 Mei ini.
Abu Samah menerima jawatan Pemangku Timbalan Ketua Polis KL pada acara serah terima tugas dengan Yahaya di sini, hari ini.
Majlis serah terima tugas jawatan itu disaksikan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Azmi Kassim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen KL.
Abu Samah akan memangku jawatan Ketua Polis KL sehingga 15 Mei ini sebelum diisi bekas Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain yang diumumkan sebagai Ketua Polis KL baharu.
Mohd Shuhaily mengambil alih tugas Azmi yang sebelum ini menyandang jawatan itu hampir dua tahun sebelum dilantik Pengarah Pengurusan Bukit Aman berkuatkuasa 17 April lalu.
Dalam pada itu, Abu Samah pula turut dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Ketua Polis Kedah berkuat kuasa 22 Mei ini.
Pada majlis sama, turut berlangsung acara serah terima tugas bagi jawatan Ketua Polis Daerah Sentul di antara Senior Asisten Komisioner Beh Eng Lai dengan bekas Ketua Unit Siasatan Jenayah Persatuan Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari.
Eng Lai dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis KL.
Sementara itu, Azmi dalam ucapannya berkata Yahaya adalah pemimpin yang berpengalaman dalam perkhidmatan PDRM kerana pernah menjawat beberapa jawapan penting dalam pasukan.
"Beliau adalah pemimpin yang berdedikasi dalam menjalankan tugas, mesra dengan senyuman namun disebalik itu penuh ketegasannya.
"Penghijrahannya ke Kontinjen Pahang sebagai Ketua Polis Pahang adalah bertepatan dengan pengalaman beliau," katanya .

sumber





Pages: [1]
View full version: Abu Samah kini Pemangku Ketua Polis KL


ADVERTISEMENT