Raline Publish time 8-5-2023 12:30 PM

PM mahu KWSP tingkat pelaburan tempatan kepada 70 peratus

PM mahu KWSP tingkat pelaburan tempatan kepada 70 peratus

https://assets.bharian.com.my/images/articles/kwsp_mcdani_1683519922.jpg
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menandatangani plak simbolik perasmian Menara KWSP, Kwasa Damansara. Turut hadir, Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah



SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menugaskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk meningkatkan pelaburan tempatan kepada 70 peratus tahun ini daripada 64 peratus pada 2022.

Beliau juga mahu KWSP melihat kembali hala tujunya supaya pelaburan yang dibuat seiring aspirasi kerajaan hari ini yang memberi fokus antaranya kepada pembabitan sektor belia, pertanian sebagai pemangkin keselamatan makanan negara dan syarikat pemula.

"Kita (Malaysia) bila naik kadar produktiviti, tapi kadar upah itu masih di tangga yang jauh lebih rendah. Jadi kesenjangan akan terus melebar. Inilah cabaran-cabaran yang kita harus dapat tangani.

"Keupayaan kerajaan, kalau kita dapat terus cari pelaburan baharu, dan dapat hasil lebih baik, maka kita dapat kembalikan pulangan kepada rakyat," katanya dalam ucaptama semasa merasmikan Menara KWSP di sini, pada Isnin. – BERNAMA

https://assets.bharian.com.my/images/articles/8523asyraf1_1683519925.jpg
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis perasmian Menara KWSP, Kwasa Damansara hari ini. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah

Sumber:https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1098446/pm-mahu-kwsp-tingkat-pelaburan-tempatan-kepada-70-peratus


maxjp Publish time 10-6-2023 04:17 AM

terbaik, sangat berdaya guna dan menambah wawasan termasuk oportunity
Pages: [1]
View full version: PM mahu KWSP tingkat pelaburan tempatan kepada 70 peratus


ADVERTISEMENT