mattzzx Publish time 8-5-2023 10:06 AM

Petak kesembilan tak halang Verstappen juara

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FOR-MOT-SPO-F1-GRAND-PRIX-OF-MIAMI_1683504059.jpg
VERSTAPPEN berjaya muncul juara walaupun bermula dari petak kesembilan di GP Miami. FOTO AFP

Miami Gardens: Penyandang juara dunia, Max Verstappen melonjak dari petak kesembilan untuk menumpaskan rakan sepasukan Red Bull, Sergio Perez dan memenangi Grand Prix (GP) Miami.

Kejayaan itu adalah yang kelima buat Red Bull daripada lima perlumbaan musim ini, mengukuhkan kedudukan keseluruhan Verstappen selepas mengulangi kejayaan sama dalam perlumbaan sulung di Miami tahun lalu.

Kemenangan 1-2 Red Bull adalah yang keempat daripada lima perlumbaan setakat ini selepas mereka benar-benar menguasai sukan itu meninggalkan pesaing mereka hanya bersaing untuk kedudukan ketiga podium.

Pelumba veteran Sepanyol yang mewakili Aston Martin, Fernando Alonso menduduki tempat ketiga ketika menaiki podium yang keempat selepas lima perlumbaan musim ini tatkala dia sedang menikmati kebangkitan kerjanya di hujung karier.

Verstappen perlu bekerja keras untuk meraih kemenangan ketiga musim ini selepas persembahan mengecewakan di sesi kelayakan semalam.

Bagaimanapun, kepantasan jentera Red Bull, digabung dengan keputusan tepat pemilihan tayar, bermakna pelumba kelahiran Belanda itu dapat menyesuaikan cepat dalam persaingan dan kemudian menghasilkan lonjakan lewat untuk menewaskan rakan sepasukannya Perez, yang kekal di tempat kedua dalam kedudukan.

Perez, bermula di petak pertama, membuat permulaan yang sempurna, berlumba di hadapan pesaingnya tetapi Verstappen, dengan tayar keras, pantas bergerak melalui padang dan mengambil hanya 15 pusingan untuk menduduki tempat kedua di belakang rakan sepasukannya.

Perez melakukan hentian pit pada pusingan ke-20 membolehkan Verstappen mendahului tetapi terpaksa melepaskannya apabila dia masuk ke dalam pit pada pusingan ke-46, menukar kepada tayar kompaun sederhana dan ketinggalan 1.2 saat di belakang.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/05/964408/petak-kesembilan-tak-halang-verstappen-juara
Pages: [1]
View full version: Petak kesembilan tak halang Verstappen juara


ADVERTISEMENT