mattzzx Publish time 7-5-2023 04:10 PM

Red Bull di kelas tersendiri - Leclerc

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MOTOR-F1__1683431342.jpg
LECLERC akui Red Bull sukar dikalahkan. FOTO Reuters

Miami Gardens: Pemandu Ferrari, Charles Leclerc, yang terbabit dalam kemalangan di hujung sesi kelayakan di Grand Prix (GP) Miami, mengakui jentera Red Bull sukar untuk dikalahkan menjelang perlumbaan esok.

"Sememangnya, sama sekali tidak (ada yang dapatkan kalahkan), Red Bull terlalu kuat dari segi pemilihan tayar jadi saya fikir mereka akan berada dalam liga mereka sendiri," kata Leclerc kepada pemberita.

"Saya fikir jika kami boleh menamatkan di belakang mereka, ia sudah menjadi satu pencapaian yang hebat kerana Aston (Martin) kelihatan sangat kuat juga."

Sergio Perez dari Red Bull berada di kedudukan petak utama di hadapan Fernando Alonso dari Aston Martin dengan juara dunia Max Verstappen, bermula di tempat kesembilan.

Perez dan Verstappen masing-masing meraih dua kemenangan daripada empat perlumbaan GP pembukaan musim ini.

Rakan sepasukan Leclerc di Ferrari, Carlos Sainz menduduki tempat ketiga terpantas dalam kelayakan.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/05/964099/red-bull-di-kelas-tersendiri-leclerc
Pages: [1]
View full version: Red Bull di kelas tersendiri - Leclerc


ADVERTISEMENT