mattzzx Publish time 7-5-2023 04:08 PM

Sharmendran pertahan emas, tewaskan peserta tuan rumah

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/sham11_1683446286.jpg
REAKSI Sharmendran ketika bertemu atlet Kemboja, Sot Panith. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Phnom Penh: Atlet karate negara, R Sharmendran meneruskan penguasaannya di Sukan Sea selepas merangkul pingat emas keempatnya menerusi acara bawah 75kg lelaki.

Sharmendran menewaskan Sot Panith dari Kemboja 6-5 di Dewan A Pusat Konvensyen Chroy Changvar, sebentar tadi.

Atlet berasal dari Balakong itu muncul juara menerusi acara sama sejak edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Sharmendran yang kini berusia 30 tahun akan berusaha untuk merangkul pingat emas keduanya di Sukan Sea Kemboja dalam acara berpasukan lelaki esok.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/05/964244/sharmendran-pertahan-emas-tewaskan-peserta-tuan-rumah
Pages: [1]
View full version: Sharmendran pertahan emas, tewaskan peserta tuan rumah


ADVERTISEMENT