mattzzx Publish time 6-5-2023 03:05 PM

Panas terik tak halang Assyira pertahan perak

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Nur_Assyira_1683356265.jpg

NUR Assyira mengekalkan momentum kayuhan pada perlumbaan sejauh 18.5 kilometer. FOTO Ihsan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia

Phnom Penh: Atlet berbasikal bukit (MTB) wanita negara membuktikan kehadiran mereka di pentas Sukan Sea Kemboja bukanlah untuk 'makan angin' apabila membawa pulang pingat perak dalam acara individu cross country, sebentar tadi.

Acara yang berlangsung di Kulen Mountain, Siem Reap itu menyaksikan Nur Assyira Zainal Abidin mempamerkan kayuhan bertenaga untuk berada di kedudukan kedua dengan catatan masa satu jam 17 minit 9 saat (s).

Wakil dari Indonesia Sayu Bella Sukma Dewi pula memenangi emas (1:13:48s) manakala gangsa pula milik peserta Thailand Yonthanan Ponkhla (1:18:42s).

Jelas sekali, bahang kepanasan mencecah hampir 40 darjah selsius tidak menghalang Nur Assyira mengekalkan momentum kayuhan pada perlumbaan sejauh 18.5 kilometer.

Menurut Pengurus pasukan skuad MTB Mohd Saiful Abdul Jalil berkata, kejayaan membawa pulang perak boleh dikatakan kejutan kerana memandang peserta lain juga cukup hebat selain cuaca cukup panas sekali gus mungkin mengganggu tumpuan pelumba.

"Alhamdulillah, Malaysia berjaya membawa pulang perak pada acara ini walaupun pada asalnya tidak meletakkan harapan tinggi.

"Kejayaan ini meniup semangat kepada wakil Malaysia lain dalam acara MTB untuk mencipta keputusan positif pada acara lain," katanya.

Mengikut rekod, kejayaan itu menyaksikan Nur Assyira berjaya mempertahankan pingat perak yang dimenangi di Sukan Sea Vietnam pada tahun lalu.

Mengikut rekod, Pasukan MTB negara akan berkampung di Siem Reap yang terletak kira-kira 320 kilometer dari ibu negara kemboja dengan matlamat membawa pulang sekurang-kurangnya 1 emas.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/05/963844/panas-terik-tak-halang-assyira-pertahan-perak
Pages: [1]
View full version: Panas terik tak halang Assyira pertahan perak


ADVERTISEMENT