tatod Publish time 3-5-2023 11:01 PM

‘Healing’ Depan KLCC, Tapi Perangai Buruk Buang Sampah Merata

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang pengguna memuat naik beberapa foto dan video dengan mendakwa kawasan di seberang jalan dari KLCC dicemari dengan sampah.


"Jenis malam-malam dok datang bawa kerusi lipat duduk depan KLCC, bawa anak bini (isteri) semua. Selepas itu makan kuaci biar bersepah.


"Sampah tak buang, padahal hang (kamu) jalan depan sikit ada tong sampah. Apa punya jenis tak bertamadun lah," tulisnya menerusi satu ciapan yang kini tular.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/03/230036rsdt1ktff33sl3le.png



Selain sisa kuaci, turut dilihat dalam foto dan video adalah bungkusan makanan, bekas minuman, plastik makanan ringan serta puntung rokok.


"Makan nasi lemak buang merata-rata depan KLCC. Pemusnah bangsa betul kalau benda mudah macam buang sampah ke dalam tong sampah tak boleh buat," katanya lagi,


Mengulas mengenai andaian netizen mengenai kemungkinan ia berpunca daripada golongan gelandangan, dia bagaimanapun menyangkalnya.


Sebaliknya, dia mendakwa ia merupakan perbuatan kumpulan yang sering datang ke seberang jalan KLCC untuk berehat menyaksikan pemandangan di lokasi terbabit.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/03/230030aqeucqzxe68ucaqu.jpg



"Bukan (gelandangan). Selalu mereka ini datang park (kereta) tepi jalan depan KLCC, makan-makan bawa kerusi lipat lepak sampai tengah malam.


"Healing apa la agaknya depan KLCC tu. Cuba nak healing jangan sambil menyepah," ujarnya.


Ciapan di laman Twitter yang diulang kicau lebih 1,000 kali itu menimbulkan rasa kurang senang netizen.




Sumber: mStar

Beribear Publish time 4-5-2023 07:12 AM

Mmg takde sivik dorg semua ni. Nasiblah klcc ni tetap cantik setiap kali pandang dia hmm

Perawankota Publish time 4-5-2023 10:05 AM

PBT silalah letak signage kat situ, 'Kawasan ini diliputi cctv terlindung. Dilarang membuang sampah merata2 jika tidak ingin disaman'

nakkomenjugak Publish time 4-5-2023 05:06 PM

Ada tak soalan cepumas "yang buang sampah ni dari negeri mana?"
larikkkkkkkkkk!

cikatilia Publish time 5-5-2023 10:30 AM

nakkomenjugak: Ada tak soalan cepumas "yang buang sampah ni dari negeri mana?" larikkkkkkkkkk!

kalau tak D - T..

chiyoasuka Publish time 28-7-2023 02:27 AM

plg tak suka tgk org yg suka buang smph merata ni. pengotor btl

LadyCarefree Publish time 29-7-2023 10:31 PM

ore klate kah?

bungarose Publish time 30-7-2023 12:36 PM

Pengotor jenis takder adab

HuoJingJue Publish time 31-7-2023 08:16 PM

healing mender depan KLCC bising bangor gitu

lanacondor Publish time 31-7-2023 08:55 PM

Letak jela penguatkuasa dpn tu. Buang je tgkp tros saman time tu jgk suruh bayar. Bru bersih mcm Singapore. Sikit2 Saman denda. Mcm tu je cara nak ajar
Pages: [1]
View full version: ‘Healing’ Depan KLCC, Tapi Perangai Buruk Buang Sampah Merata


ADVERTISEMENT