wirazam Publish time 9-12-2010 07:40 AM

Kualiti DIESEL di Malaysia

aku dah try search tp rasanya macam takde lagi topik pasal minyak diesel nih..tambahan pulak dgn rega petrol yg semakin naik membuatkan lebi byk poket kering:'(so aku bercadang nak beli keter yg pakai diesel nih..boleh dpt lebih kilometer kannn..
tp aku tak pasti lar kualiti diesel kat Malaysia skrg...masih lagi kualiti 2M ke??? Ada pakar2 tak kat sini...
TQVM


tgh dok search pasal minyak diesel nih aku terjumpa satu artikel yg bila baca rasa hangat hati je...

artikel nih bulan 3 tahun 2009 dr UM.


Pandangan serong terhadap diesel pada kenderaan
PERCAYA atau tidak di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) lebih 60 peratus kenderaan di benua tersebut menggunakan diesel untuk kenderaan.
Sebaliknya di Malaysia, penggunaan diesel di Malaysia sering kali dikaitkan dengan minyak berkualiti rendah yang digunakan oleh lori besar dan trak untuk mengangkut barang serta tidak mesra alam.
Tahukah kita bahawa Malaysia merupakan pengeluar diesel terbersih di dunia, tetapi kita masih menggunakan diesel berkualiti rendah berbanding dengan negara jiran seperti Singapura dan Thailand.
Apa yang sampai kepada pengguna tempatan adalah diesel yang berkualiti rendah.
Negara-negara Eropah dan AS menggunakan diesel kerana ia lebih menjimatkan berbanding penggunaan minyak petrol serta mengeluarkan hanya sedikit gas rumah hijau.
Penjimatan antara 30 hingga 35 peratus berbanding penggunaan petrol berlaku kerana penjanaan tenaga yang lebih tinggi dalam seliter diesel dan penggunaan minyak itu adalah lebih efisien untuk enjin kenderaan.
Sebelum ini, diesel mengandungi kuantiti sulfur tinggi. Namun setelah mendapat tentangan, standard pengeluaran Eropah telah mendesak pengeluar minyak untuk mengurangkan paras sulfur di dalam diesel.
Di AS sendiri, standard pengeluaran yang lebih ketat dilaksanakan bagi memastikan kandungan sulfur lebih terkawal dan diesel boleh digunakan dengan selamat untuk alam sekitar.
Kualiti diesel yang terdapat di Singapura dan Thailand kini mempunyai standard yang sama dengan apa yang terdapat Eropah dan AS, dan mereka juga akan meningkatkan kualiti diesel masing-masing.
Namun Malaysia masih lagi menggunakan diesel berkualiti rendah walaupun negara merupakan pengeluar diesel terbersih di dunia.
Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu mencontohi negara jiran selain perlu meningkatkan standard kualiti diesel bagi membolehkan lebih banyak kenderaan menggunakan minyak jenis itu.
Presiden Volvo Car Malaysia Sdn. Bhd., Robert Norrman berkata, pada masa hadapan diesel akan menjadi penyelesai masalah pengeluaran karbon dan sesuai untuk alam sekitar
Atas dasar itu, Volvo telah memperkenalkan Volvo XC90 D5 yang menggunakan diesel dan ia telah diuji dan sesuai digunakan oleh diesel berkualiti rendah di negara ini.
Volvo XC90 D5 mempunyai kecekapan bahan api lebih tinggi bagi lebih perbatuan, tork lebih tinggi dan berkuasa dan pada masa yang sama kurang emisi. Ini merupakan sebahagian daripada faedah memandu Volvo XC90 D5 yang baru.
XC90 D5 yang dipasang di dalam negeri dijana oleh enjin caj turbo 2.4 liter yang menghasilkan 185 kuasa kuda dan 400 Nm tork dengan transmisi Geartronic automatik 6-kelajuan.
Selain itu, Volvo Malaysia dengan kerjasama Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyediakan laporan kajian tentang kelebihan diesel kepada kenderaan untuk dibentangkan kepada kerajaan.
Kerajaan diharap dapat menimbangkan cadangan itu dan Malaysia boleh menjadi pelopor kepada pembangunan diesel memandangkan negara mempunyai kepakaran tinggi dalam pengeluaran diesel berkualiti.


p/s pemimpin asyik2 lar dok ckp ubah cara hidup ke sana ke mari...tp menda simple mcm nih pun depa tak pikir...kata nak jd negara maju tp prrrrrrrfthhh:I ...apa salahnya perkenalkan diesel kualiti 5M atau 4M nih masih dok pasarkan kualiti 2M jeh:@

wirazam Publish time 9-12-2010 07:41 AM

Difahamkan, pada masa ini, kualiti diesel di Malaysia adalah pada paras Euro 2M iaitu berkualiti rendah dengan mempunyai kandungan sulfur yang tinggi berbanding Euro 4M atau Euro 5M berkualiti tinggi digunakan di kebanyakan negara-negara Eropah.

sumber UTUSAN

wirazam Publish time 9-12-2010 08:02 AM

Post Last Edit by wirazam at 9-12-2010 08:05

Nih Harga runcit minyak Malaysia (RON 97)

Tarikh                                    Harga baru RM/liter
Sebelum 1990                        0.89

tahun 1990                              1.10

1 Oktober 2000                        1.20

20 Oktober 2001                      1.30

1 Mei 2002                              1.32
31 Oktober 2002                      1.33

1 Mac 2003                           1.35

1 Mei 2004                              1.37
1 Oktober 2004                     1.42

5 Mei 2005                           1.52
31 Julai 2005                        1.62

28 Februari 2006                  1.92

5 Jun 2008                           2.70
23 Ogos 2008                         2.55thanks to DSAI dan Tun Abdullah{:1_152:} debat minyak..
25 September 2008               2.45
15 Oktober 2008                     2.30
1 November 2008                   2.15
18 November 2008               2.00
3 Disember 2008                  1.90
16 Disember 2008                  1.80

1 September 2009                  2.05

15 Julai 2010                         2.10   
2 November 2010                   2.15
1 Disember 2020                  2.30

wirazam Publish time 9-12-2010 08:11 AM

Nih harga diesel lak
Tarikh                     Harga baru RM/liter                              
   sblm 1/12/2010             1.75
1 Disember 2010            1.80

batu_bergolek Publish time 9-12-2010 08:44 AM

Post Last Edit by batu_bergolek at 9-12-2010 08:45

macam ni jelah, pada saya polisi kerajaan terhadap "kenderaan Mesra Alam" ni tempang sebelah, duk sibuk nak bagi hybrid low cost la, range extender lah semua yg fancy mancy, tapi yg basic technology spt High Compression Turbo Diesel diabaikan.

kalo saya, anytime saya pilih engine diesel drpd hybrid, kereta hybrid mmg FC murah, tapi ingat Total Cost Ownership (TOC)murah ke ? bateri jer dah berapa ringgit, bukan boleh beli kat 7-E. pastu jangka hayat terhad.

Cuma masalah enjin diesel ni (kat Malaysia) kualiti minyak rendah, (Tak Salah kat India dah nak pakai Euro 4). isu utamanya boleh menyebabkan injector diesel tersumbat. dan sbb particulatenya lebih besar, kadang2 ada kes Catalytic Converter dia tersumbat.

Dari pengalaman saya overall TOC enjin diesel lagi jimat, ramai orang cakap yg Turbocharger diesel adalah "the weakest link" tapi dulu saya pernah baca majalah kereta, ada drebar lori jerman nih lori tanker minyak mercedes dia dah cecah 1 juta KM, still pakai Turbocharger yg asal. siap dapat pengiktirafan drpd mercedes benz jerman lagi.

cikgu_cikgi Publish time 9-12-2010 08:55 AM

bkn stakat diesel...petrol pon blum tentu high/good quality kot....

wirazam Publish time 9-12-2010 09:17 AM

kalau Petronas tak nak jual,aku mintak sesangat agar SHELL, ESSO, MOBIL dll dpt pasarkan diesel kualiti Euro 4M nih...

wirazam Publish time 9-12-2010 09:18 AM

bkn stakat diesel...petrol pon blum tentu high/good quality kot....
cikgu_cikgi Post at 9-12-2010 08:55 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    pernah dengar jugak pasal nih...nasiblah rakyat :rf:

batu_bergolek Publish time 9-12-2010 09:35 AM

Reply 7# wirazam

kalo petronas tak jual, jangan harap company lain diberi kebenaran utk jual, :lol::lol::lol:

OrangKita Publish time 9-12-2010 10:15 AM

Replywirazam

kalo petronas tak jual, jangan harap company lain diberi kebenaran utk jual, :lol ...
batu_bergolek Post at 9-12-2010 09:35 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


setuju sesgt...{:1_152:}

OrangKita Publish time 9-12-2010 10:17 AM

Reply 1# wirazam


ipar aku ada ckp (dia pkai triton)
injector dia sllu sumbat bile pakai petronas...
mech dia ckp suruh tuko myk lain..
dia pkai shell...so far ok..

batu_bergolek Publish time 9-12-2010 11:02 AM

Post Last Edit by batu_bergolek at 9-12-2010 11:03

Reply 11# OrangKita

hi bro,

MPV starex saya bila pakai Diesel Petronas, fuel filter akan tersumbat. skrg mmg tak pakai Diesel Petronas, saya ada post isu ni kat thread Hyundai Starex.

OrangKita Publish time 9-12-2010 11:26 AM

Reply 12# batu_bergolek

bukan xnak support brg m'sia ye tak...
tp kalu m'beri mudarat,baik elakkn...

:batu,bwk starex besh kn{:1_132:}..tp blum ada keperluan...

insanmarhaen Publish time 9-12-2010 12:13 PM

starex

besar gilo keta tu
aku bwk org kg aku punya
rs cam bwk lori jer hehehehe

diesel msia memang teruk sama la cam kerajaan msia teruk
sebab tu la keta2 diesel yg best2 tak msk msia
sebab minyak kotor

Fast-N-Furious Publish time 9-12-2010 12:25 PM

ReplyOrangKita

hi bro,

MPV starex saya bila pakai Diesel Petronas, fuel filter akan tersumb ...
batu_bergolek Post at 9-12-2010 11:02 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


    takyah diesel, petrol pong quality cam cipan... camner lar orang nak cinta buatan mesia nieh.. terpaksa lar cinta shell, caltex, esso..

Fast-N-Furious Publish time 9-12-2010 12:29 PM

Sebaliknya di Malaysia, penggunaan diesel di Malaysia sering kali dikaitkan dengan minyak berkualiti rendah yang digunakan oleh lori besar dan trak untuk mengangkut barang serta tidak mesra alam.
wirazam Post at 9-12-2010 07:40 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


    saper yg kata diesel tu minyak berkualiti rendah, dier tak skolah punya orang lar.. tak silap haku, dalam subjek kimia, ader ajar, cara nak extract semua tu dari minyak mentah.. dari minyak mentah, kita boleh extract gas, petrol, diesel, sampai lar ke level minyak gas tu.. semua nie terhasil di dalam proses dengan takat lebur yg berbeza-beza...

wirazam Publish time 9-12-2010 06:31 PM

saper yg kata diesel tu minyak berkualiti rendah, dier tak skolah punya orang lar.. tak si ...
Fast-N-Furious Post at 9-12-2010 12:29 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    uish...ckp siang pandang2 bro...aku buat research...diesel yg dipasarkan kat Malaysia nih mmg berkualiti rendah..kualiti Euro 2M katanya...kualiti yg bagus Euro 4M or Euro 5M...Thailand pun pakai diesel Euro 5M...padahal Malaysia adalah pengeluar Diesel plg baik dan plg bersih...BUT pasarkan kat rakyat kualiti yg tak bagus...:'(

wirazam Publish time 9-12-2010 06:36 PM

uish...ckp siang pandang2 bro...aku buat research...diesel yg dipasarkan kat Malaysia nih...
wirazam Post at 9-12-2010 18:31 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    http://images.paultan.org/uploads/2007/02/fuel-quality-euro-specs-diesel.gif

wirazam Publish time 9-12-2010 06:42 PM

Nih ada 2 org researcher yg buat detail research...aku buat gugel research je:)

23 Dec 2008
Harlina Firdaus Marzuki and Fazil Mat Isa of Petronas Research & Scientific Services.

At that moment of time there were 6 retailers of diesel fuel in Malaysia.According to them , 5 out of 6 of the diesel retailers in Malaysia already sell diesel that complies to Euro 2 levels of sulphur, although some other specifications fail Euro 2 standards, thus making these fuels not exactly qualified to be called Euro 2. Sulphur levels range between 500ppm to as low as 200ppm, but only one retailer was selling diesel with high sulphur content – 2800ppm!

Knp diaorg tak bgtau sapa yg selling diesel hampeh tu??? Ada tak org2 Petronas yg kenal researcher2 nih..boleh lar tanya depa sikit2 then reveal kat sini..TQ

wirazam Publish time 9-12-2010 06:46 PM

http://images.paultan.org/uploads/2007/02/fuel-quality-local-specs-diesel.gif

so kualiti Diesel nih bergantung kpd brp kandungan sulfur dlm minyak tu...aku SGT SGT SGT nak tahu apa company D tuh...
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Kualiti DIESEL di Malaysia


ADVERTISEMENT