Raline Publish time 3-5-2023 01:39 PM

Fungsi Ubat Gegat, Rupanya Bukan Untuk Lipas Tapi Serangga Lain, Patutlah Makin Banyak!

Fungsi Ubat Gegat, Rupanya Bukan Untuk Lipas Tapi Serangga Lain, Patutlah Makin Banyak!

https://media.siraplimau.com/2023/05/ZAsDalEx-10_.jpg

Tiada siapa yang tahu, mungkin terdapat sesetengah orang menggunakan ubat gegat untuk menghalau lipas. Namun, pernahkah terdetik di hati anda dan berasa pelik mengapa pula lipas ini tidak hilang atau mati, malah bertambah semakin banyak?

Sebenarnya kalau anda nak tahu, ubat gegat tidak memberikan kesan langsung kepada lipas tetapi kepada serangga lain. Info bermanfaat ini telah dikongsikan oleh seorang pekerja Pest Control. Sekiranya nak tahu lebih lanjut, mari teruskan pembacaan anda di bawah!


UBAT GEGAT RUPANYA BUKAN FUNGSI MENGHALAU LIPAS

https://media.siraplimau.com/2023/05/glUFcvFS-10_-1.jpg
FUNGSI & KEGUNAAN UBAT GEGAT


Ramai lagi ya tak tahu yang ubat gegat tu sebenarnya bukan untuk lipas. Jadi kalau bukan untuk lipas guna untuk apa dan apa fungsi ubat gegat ni ? Jemput baca thread pasal ubat gegat ini.

Penggunaan ubat gegat untuk menghalau lipas boleh dikatakan mitos sahaja. Sebab aku sendiri pun pernah tengok lipas makan ubat gegat ni masa buat kerja pest control.

Jadi kalau bukan untuk lipas ubat gegat untuk serangga apa?

Sesuai dengan namanya Ubat Gegat, racun jenis ni sesuai dengan serangga yang bernama Gegat. Pernah dengar serangga nama gegat?

APAKAH SERANGGA GEGAT?


https://media.siraplimau.com/2023/05/10_-6.jpg


[*]Gegat atau nama lain dia Silverfish atau ulat buku.
[*]Orang selalu salah sangka dengan anak lipan serangga ni.
[*]Serangga ini merupakan perosak dalam kategori Crawling Insect Pest.
[*]Serangga ini tak berbisa, tapi boleh merosakkan banyak benda dekat rumah kita.
[*]Silverfish atau Gegat suka duduk dekat tempat yang lembab dan sejuk.
[*]Serangga ini dia boleh makan fabrik, kayu, buku, wallpaper dinding, sisa makanan dan macam-macam lagi.
[*]Tapi paling biasa kita akan jumpa dekat buku-buku lama.


Dia paling suka makan gam pada kertas atau buku. Mungkin ada yang tak pernah nampak serangga ni, tapi sebenarnya dia banyak sahaja dekat rumah kita. Boleh dikatakan sama banyak dengan lipas.


BAGAIMANA UBAT GEGAT BERFUNGSI PADA SERANGGA GEGAT?

https://media.siraplimau.com/2023/05/10_-7.jpg

Jadi macam mana ubat gegat berfungsi hapuskan serangga ni ?

Kalau korang nak tahu, silverfish ini bergerak laju dan pandai menyelinap. Agak susah nak hapuskan guna semburan aerosol biasa. Nak sembur aerosol ni kalau kita nampak baru boleh sembur.

Ubat gegat ni diperbuat daripada bahan Dklorobenzina atau Naftalena (Naphtalene). Dua jenis bahan ni merupakan jenis bahan bakar.

Bau yang dihasilkan dari ubat gegat ini sebenarnya hasil dari gas yang meruap dari ubat gegat tersebut. Gas dari ubat gegat ini dapat meruap ke segenap ruang tempat yang kita letak ubat gegat ni.

Serangga gegat atau silverfish ini walaupun dia menyorok dekat celah-celah lipatan baju atau kertas di tempat simpanan, dia akan terkesan dgn gas dari ubat gegat ni.

UBAT GEGAT BERFUNGSI PADA SERANGGA LAIN

https://media.siraplimau.com/2023/05/yOqVCZJe-10_-3.jpg
Selain dari tu, ubat gegat juga berkesan untuk Moth dan Kamitetep. Sebab tu ubat gegat ini omputih panggil Moth Ball. Moth ni pembiak kepada Kamitetep.

Gas dari ubat gegat ini tak bagi effect yang banyak untuk lipas, sebab lipas adalah serangga yang mudah imune dengan racun. Disebabkan itu, lipas boleh selamba makan sahaja ubat gegat ni.

Tak percaya try letak ubat gegat ini. Tengok lipas makin kurang atau makin banyak.

UBAT GEGAT TAK BAGUS UNTUK KESIHATAN BADAN MANUSIA TERUTAMA…

https://media.siraplimau.com/2023/05/befunky_2023-4-3_11-59-21.jpg
Penggunaan ubat gegat ini sebenarnya tak berapa bagus untuk kesihatan kita. Terutama untuk orang yang ada masalah penyakit G6PD.

Kesan dia untuk makanan pun agak kuat. Sebab tu bila kita letak ubat gegat dekat tmpat simpanan makanan, makanan tersebut akan ada sedikit rasa dan bau ubat gegat.

Sumber: Twitter Naim Pest Control
https://siraplimau.com/ubat-gegat-bukan-halau-lipas/

haprak4042 Publish time 1-10-2023 02:22 AM

laaaa..baru taw gamaknyee..thanks for the info

vanillaninja Publish time 15-5-2024 11:47 AM

I dulu masa belajar macam addicted dengan bau moth ball ni. I suka beli and simpan banyak2 pastu I duk bau2. Nasib tak jadi sewel.

prettygood Publish time 15-5-2024 08:11 PM

baru tau boleh kurangkan moth/kamitetep, rimas gila dgn makhluk ni, dah bersihkan pun ada lagi, penat asyik bersihkan rumah utk dia. Nak try jugaklah letak ubat gegat ni, cuma tula, bau tengik sgt, pastu tk elok pulak utk kesihatan dalamn.. fikir nak ltk dlm bilik

Neno90 Publish time 28-5-2024 05:02 PM

Ooo..kena cari lepas ni and letak kt rumah

aqil_harith Publish time 18-6-2024 07:18 AM

So apa petua halau lipas?

bintangct Publish time 8-7-2024 01:24 AM

patut la aku letak benda ni kat drain pipe bilik mandi anak2 lipas bersuka ria je lagi Adoiii hahahah
Kalau nak matikan kemitetep tu kena gntong kat dinding la plak ye
Pages: [1]
View full version: Fungsi Ubat Gegat, Rupanya Bukan Untuk Lipas Tapi Serangga Lain, Patutlah Makin Banyak!


ADVERTISEMENT