tatod Publish time 2-5-2023 09:44 PM

Bapa Hilang Sabar, Koyak Baju Anak! Rupanya Beli ‘Online’ Sebelum Raya, Tapi Sampai Lepas Aidilfitri

Tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki membuka dan mengoyak bungkusan yang baru diterima daripada syarikat servis penghantaran.


Memetik portal Tribun Medan, lelaki yang memakai helmet itu membuka bungkusan berisi pakaian sempena Hari Raya yang disambut umat Islam pada dua minggu lalu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/02/214358g9sdboddfa3bfo9b.png



Setelah mengetahui isi bungkusan tersebut merupakan sepasang baju raya, lelaki dalam keadaan marah itu mengoyak dengan mencarikkan kepada beberapa bahagian sebelum membuang ke dalam tong sampah.


Menerusi kapsyen video tersebut, lelaki yang merupakan seorang bapa itu dikatakan kecewa kerana baju anaknya tiba lewat daripada tarikh yang dijanjikan.


Baju berkenaan ditempah dan sepatutnya tiba sebelum Aidilfitri.


Video tersebut meraih perhatian netizen kerana memahami situasi dan kemarahan lelaki tersebut.


Bagaimanapun, ada juga yang merasakan tindakan lelaki berkenaan agak melampau dan membazir kerana pakaian tersebut masih boleh dipakai.




Sumber: mStar

elzy Publish time 3-5-2023 08:10 AM

Bangang tu simpan sikit untuk tahun depan..

Nana_Man Publish time 3-5-2023 08:30 AM

Mcm panas baran je.

KamikuP Publish time 3-5-2023 09:40 AM

Caprut news at it best

putu Publish time 3-5-2023 09:52 AM

X fkr pnjang btl. Kn blh pki raya haji. Dh la baju skrg bkn murah2

hasniey Publish time 4-5-2023 08:18 AM

Agak bodoh la sebab ko dh byr kan.seller tak rugi pon
Bju raya anak sedara ai pon hmpir2 xsmpai.pdhal dh order dr 1 puasa

ezacbee Publish time 9-5-2023 02:17 PM

Bodohnya.. :shakehead3:

kuzaime Publish time 10-5-2023 07:32 PM

:omelampau barannya. Itukan baju bukan makanan yg boleh basi pun kau nak koyak buang.

laksmanabentan Publish time 12-5-2023 10:17 AM

boleh jer pakai nak pergi mana2
kenduri kahwin ker... pesta ker....

ishhh panas barannyaaa... takutttt......

heythere123 Publish time 14-5-2023 01:32 PM

ruginya lahai

chiyoasuka Publish time 28-7-2023 02:19 AM

ruginya buat mcm tu… hmmm
Pages: [1]
View full version: Bapa Hilang Sabar, Koyak Baju Anak! Rupanya Beli ‘Online’ Sebelum Raya, Tapi Sampai Lepas Aidilfitri


ADVERTISEMENT