mattzzx Publish time 2-5-2023 11:28 AM

Malang sungguh nasib Oliveira

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/oli1_1682988494.jpg
QUARTARARO (kiri) dan Oliveira dilihat terbaring selepas kedua-duanya terbabit kemalangan pada perlumbaan Ahad lalu. FOTO AFP

Jerez: Pasukan RNF Aprilia melaporkan bahawa kecederaan pada bahu Miguel Oliveira selepas terbabit kemalangan pada Grand Prix (GP) Sepanyol, Ahad lalu adalah 'lebih besar daripada jangkaan' mereka.

Pelumba Portugal itu, yang menduduki tempat kelima dalam perlumbaan pecut, gagal menamatkan perlumbaan pada Ahad lalu selepas terbabit kemalangan dengan Fabio Quartararo.

Ia adalah kali kedua dalam empat pusingan Oliveira terjatuh dan cedera akibat kesilapan dilakukan pelumba lain.

Selepas terlepas GP Argentina akibat kecederaan ligamen kakinya berikutan kesilapan dilakukan oleh Marc Marquez pada pusingan pembuka tirai di Portimao, Oliveira kini mengalami kecederaan di bahu kiri pula.

Tetapi pasukan RNF kini mendedahkan bahawa pemenang perlumbaan MotoGP lima kali itu juga mengalami patah tulang.

"Selepas pasukan pusat perubatan di Litar Jerez mengesan bahu kirinya terkehel dan memulihkannnya semula, pemeriksaan lanjut di hospital Jerez de la Frontera kemudian mendapati terdapat kecederaan lebih besar apabila terdapat tulang yang patah di bahu kirinya. Dia akan menjalani pemeriksaan lanjut minggu ini," kata pasukan dalam satu kenyataan.

Oliveira pasti akan terlepas pusingan perlumbaan di Le Mans yang akan berlangsung dari 14 sehingga 16 Mei kerana kecederaan terbarunya itu.

Penunggang ujian Aprilia, Lorenzo Savadori kemungkinan akan menggantikan Oliveira selepas mengambil tempatnya pada sesi ujian rasmi di Jerez, semalam.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/05/962339/malang-sungguh-nasib-oliveira
Pages: [1]
View full version: Malang sungguh nasib Oliveira


ADVERTISEMENT