tatod Publish time 1-5-2023 09:11 AM

Langgar Perjanjian, Shakira Halang Gerard Pique Jumpa Anak

Penyanyi Shakira dikatakan enggan memberi kebenaran kepada bekas teman lelakinya iaitu pemain bola, Gerard Pique untuk bertemu anak-anak mereka.


Pique yang merupakan warganegara Sepanyol terbang ke Miami, Amerika Syarikat baru-baru ini untuk berjumpa dua orang anaknya itu namun tidak kesampaian.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/01/091038izpzypymfp9p98fn.png



Tindakan Shakira menghalang niat Pique itu juga bermakna dia telah melanggari perjanjian yang ditetapkan dalam soal hal penjagaan anak selepas mereka berpisah.


Mereka sebelum ini bersetuju untuk Pique bertemu anak-anak mereka selama 10 hari setiap bulan.


Untuk rekod, Shakira dan Gerard mula menjalinkan hubungan sejak 2011 dan mereka mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Shasha dan Milan.


Awal April lalu, Shakira membuat keputusan untuk berpindah ke Miami selepas dikatakan bertemu dengan kekasih baharu.




Sumber: mStar
Pages: [1]
View full version: Langgar Perjanjian, Shakira Halang Gerard Pique Jumpa Anak


ADVERTISEMENT