chewan Publish time 8-12-2010 11:27 AM

Saintis kaji rahsia haiwan

Saintis kaji rahsia haiwan boleh pulihkan organ yang terputushttp://kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1208/Kosmo/Dunia/du_06.1.jpg
HAIWAN salamander Axolotl boleh memulihkan organ tubuhnya yang putus.


HANOVER - Anggota badan dan organ manusia yang kudung boleh tumbuh semula pada masa depan setelah sekumpulan saintis di Jerman semakin hampir membongkar rahsia bagaimana haiwan salamander menumbuhkan semula kakinya yang putus atau memulihkan organnya yang tercedera, lapor sebuah akhbar semalam


Kumpulan saintis Sekolah Perubatan Hanover di sini sedang mengkaji haiwan salamander Axolotl yang hidup di Mexico.
Mereka berjaya mengasingkan gen amfibia itu yang berfungsi menumbuhkan semula organnya dengan harapan gen berkenaan dapat digunakan untuk menumbuhkan organ manusia kelak.

"Proses penyembuhan haiwan salamander Axolotl berlaku dalam sekelip mata," kata seorang saintis kumpulan itu Björn Menger yang disiarkan dalam majalah tempatan, Spiegel pada minggu ini.

"Anda dapat menyaksikan sendiri proses penyembuhan itu berlaku," tambahnya.

Selain anggota badan, ia juga dapat memulihkan kecederaan pada otak dan saraf tunjangnya sekali gus meningkatkan harapan pesakit yang lumpuh untuk kembali berjalan. - Agensi

nozanoor Publish time 9-12-2010 08:56 AM

Geli dgn spesis ni...

copy_paste Publish time 13-12-2010 02:52 PM

errr,kalau asik sembuh jerk bile nak sakit,bila x sakit bila plak nak mati

areenarena Publish time 24-1-2011 08:39 PM

gen salamander 2 nak masuk kt dna manusia ke? wah terang terang mengubah kejadian manusia!
Pages: [1]
View full version: Saintis kaji rahsia haiwan


ADVERTISEMENT