Raline Publish time 30-4-2023 10:49 PM

Bagnaia nafi hasrat Binder

Bagnaia nafi hasrat Binder
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MOTOR-MOTOGP-SPAIN__1682865408.jpg
BAGNAIA meraikan kejayaan di Jerez. FOTO Reuters


Jerez: Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia menafikan hasrat wakil KTM, Brad Binder untuk mencatat kemenangan berganda di Jerez apabila muncul juara Grand Prix (GP) Sepanyol sekali gus mengungguli tangga teratas kedudukan keseluruhan.

Pendahulu sebelum ini, Marco Bezzecchi terpaksa melepaskan kedudukan teratas keseluruhan kepada Bagnaia apabila dia terbabit dalam kemalangan ketika berbaki tujuh pusingan.

Binder yang muncul juara dalam saingan pecut semalam juga melonjak ke tangga ketiga keseluruhan.

Bagnaia memiliki kelebihan 22 mata ke atas Bezzecchi selepas empat pusingan, manakala Binder ketinggalan tiga mata di belakang pelumba Mooney VR46 Racing itu.

Rakan sepasukan Binder, Jack Miller menamatkan saingan di tempat ketiga untuk melonjak ke tempat keempat keseluruhan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/04/961938/bagnaia-nafi-hasrat-binder

Pages: [1]
View full version: Bagnaia nafi hasrat Binder


ADVERTISEMENT