Raline Publish time 30-4-2023 10:18 PM

Perez juara GP Azerbaijan

Perez juara GP Azerbaijan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/AUTO-PRIX-F1-AZE-RACE_1682859892.jpg
PEREZ berjaya tampil cemerlang di Baku hujung minggu ini. FOTO AFP

Baku: Sergio Perez memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Azerbaijan manakala rakan sepasukannya, Max Verstappen menduduki tempat kedua untuk meneruskan penguasaan Red Bull pada saingan Formula Satu (F1) musim ini.

Pelumba Ferrari yang bermula dari petak utama, Charles Leclerc melengkapkan kedudukan podium selepas menduduki tempat ketiga.

"Vamos," kata pelumba Mexico itu dalam radio pasukan selepas beraksi cemerlang di Baku hujung minggu ini termasuk memenangi perlumbaan pecut semalam.

Red Bull meneruskan rentak cemerlang untuk 2023 selepas empat perlumbaan dengan merangkul keempat-empat kemenenangan termasuk perlumbaan pecut semalam, tiga kali meraih petak utama dan tiga kali mencatat kemenangan 1-2.

Verstappen memimpin kedudukan teratas keseluruhan kategori pemandu dengan kelebihan enam mata.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/04/961913/perez-juara-gp-azerbaijan

Pages: [1]
View full version: Perez juara GP Azerbaijan


ADVERTISEMENT