Raline Publish time 30-4-2023 10:17 PM

Hanya perlu sejam fahami catur ouk trang

Hanya perlu sejam fahami catur ouk trang

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Faiqah_Catur_1682861119.jpg
FAIQAH mencabar dirinya mencuba acara baharu pada Sukan Sea 2023. FOTO Bernama


Phnom Penh: Sukan catur ouk trang mungkin agak asing bagi pemain catur namun wakil negara di Sukan Sea 2023 di sini, tidak berdepan masalah besar untuk mengadaptasi corak permainan sukan tradisi Kemboja itu.

Pemain catur ouk trang negara, Nur Faiqah Aminuddin, berkata beliau hanya mengambil masa sejam untuk memahami selok belok permainan tersebut yang buat pertama kali dianjurkan dalam temasya sukan dwitahunan itu.

Katanya, antara perbezaan ketara dapat dilihatnya adalah saiz yang besar selain kuasa dimiliki sesetengah buah catur pada saingan berlangsung di Royal University of Phnom Penh, di sini.

"Biasanya kalau catur biasa biasa fungsi queen sangat powerful namun tidak bagi chess ouk trang kerana the rook lebih hebat," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.'

Dia, yang pernah mewakili negara pada Kejohanan Catur Remaja Dunia edisi edisi 2013 dan 2022, juga menarik perhatian dengan mencabar dirinya mencuba acara baharu pada Sukan Sea 2023 setelah mula bermain catur seawal usia empat tahun.

Nur Faiqah, yang membuat kemunculan sulung di Sukan Sea, berkata peluang beraksi di Phnom Penh umpama 'rezeki terpijak' baginya selepas ramai pemain berpengalaman tidak 'berani' bersaing dalam catur ouk trang.

Ditanya mengenai sasaran kali ini, pemain catur berusia 17 tahun itu berharap dapat membawa pulang gangsa dalam acara wanita beregu 60 minit 60 minit bersama gandingannya, Chua Jia Tien selain memberi tentangan sengit dalam acara perseorangan wanita 60 minit.

Terdahulu, Jia Tien-Nur Faiqah memulakan kempen Sukan Sea mereka dengan keputusan seri 0.5-0.5 ketika berhadapan gandingan Thailand, Sarocha Chuemsakul-Sirikan Sukpancharoen, sebelum tumpas 0-1 kepada pasangan Filipina, Janelle Mae Bermas Frayna-Shania Mae Garcia Mendoza, pada pusingan kedua Kumpulan A, hari ini.

Pasangan negara akan meneruskan saingan dengan menentang Houanchanmone Phonesavanh-Inthavong Maly dari Laos diikuti Nu Hong An Ton-Thanh Phuong Thao Pham dari Vietnam masing-masing bagi pusingan ketiga dan keempat, esok.

Sukan Sea 2023 akan dibuka secara rasmi pada 5 Mei dan berakhir 17 Mei ini.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/04/961921/hanya-perlu-sejam-fahami-catur-ouk-trang

Pages: [1]
View full version: Hanya perlu sejam fahami catur ouk trang


ADVERTISEMENT