Raline Publish time 30-4-2023 10:15 PM

TODAK juara MPL MY musim ke-11

TODAK juara MPL MY musim ke-11

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Todak_1682863704.jpg
TODAK turut menjulang trofi sama pada musim ke-6 dan musim ke-9. FOTO Ihsan MPL Malaysia

Kuala Lumpur: Pasukan TODAK dinobatkan sebagai juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim Ke-11 apabila menewaskan Team SMG 4-0 pada aksi Grand Final hari ini.

Di perlawanan pertama, TODAK memberikan tekanan yang tinggi kepada Team SM apabila membawa draf line up yang lebih mendominasi di awal permainan dan lewat permainan.

Penggunaan hero 'karrie' oleh Muhd Danial Fuad atau lebih dikenali sebagai 'cikugais' selaku 'marksman' pasukan TODAK nyata sukar untuk dikawal Team SMG.

Walaupun Team SMG cuba bangkit pada permainan kedua, pertarungan yang berlangsung hampir setengah jam itu menyaksikan TODAK berjaya membuat kebangkitan, mendapatkan kemenangan kedua pasukan.

Dan permainan ketiga, dominasi terus dipamerkan TODAK dan kali ini, kesilapan yang dilakukan Team SMG dimanfaat juara dua kali MPL Malaysia itu dengan bantuan 'minions' memudahkan kristal lawan dimusnahkan.

Cuba untuk menyekat kemenangan TODAK, Team SMG bagaimanapun terus berdepan tekanan dengan cikugais menjadi watak cukup penting dengan penggunaan hero 'karrie' buat kali keempat berturut-turut sebelum TODAK mengesahkan gelaran juara MPL Malaysia musim ke 11.

Ini adalah kejuaraan kali ketiga TODAK selepas turut menjulang trofi sama pada musim ke-6 dan musim ke-9.

Selaku juara, TODAK turut mengesahkan slot tunggal Malaysia ke saingan MLBB Asia Tenggara, Piala MSC yang akan dilangsungkan di Phnom Penh, Kemboja, Jun nanti

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/esukan/2023/04/961934/todak-juara-mpl-my-musim-ke-11

Pages: [1]
View full version: TODAK juara MPL MY musim ke-11


ADVERTISEMENT