tatod Publish time 30-4-2023 09:23 PM

Wanita Terima Wang Jumlah RM670, BF 'Transfer' Duit Siap Mesej Pujuk Rayu

Seorang wanita yang berkongsi tangkap layar notifikasi transaksi perbankan internet beserta mesej istimewa dari teman lelakinya menarik perhatian pengguna media sosial.


Rata-rata warga maya juga tidak menyangka ruangan rujukan penerima atau 'recipient reference' untuk transaksi perbankan atas talian boleh dijadikan platform menghantar mesej.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/30/212038ryu0280qyg1pjqpz.png



Bercerita kepada mStar, wanita yang mahu dikenali sebagai Fyra berkata, die menyekat teman lelakinya di semua akaun media sosial gara-gara berselisih faham.


"Selalunya kalau gaduh macam mana pun dia tak pernah keluar ayat macam tu... dia minta jangan cari dan suruh buat hal masing-masing.


"Jadi saya sekat semua media sosial dan fikir memang hubungan kami dah berakhir," luahnya ketika dihubungi mStar.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/30/212142vu4fmyom6aykhlzh.jpg



Pun begitu, selang beberapa jam membuat sekatan berkenaan, Fyra dikejutkan dengan beberapa notifikasi daripada akaun Maybank2u.


"Mula-mula tak tahu lagi dia yang hantar tapi pelik duit apa yang masuk, gaji lambat lagi.


"Pelik tak habis lagi, masuk notifikasi Maybank2u lagi... tapi kali ini bertubi-tubi," ceritanya lanjut.


Tambahnya lagi, sebenarnya lebih banyak notifikasi daripada perbankan tersebut diterimanya namun hanya beberapa mesej itu saja yang sempat dirakam.


Melihatkan usaha yang ditunjukkan teman lelakinya itu, Fyra akhirnya terbuka hati untuk menyahsekat nombor telefon serta akaun sosial media teman lelakinya itu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/30/212211g2yic2kzd7wybtzk.jpg



"Selepas beberapa hari, saya menyahsekat kembali tapi bukan sebab duit. Amount tu tak penting tapi effort dia yang saya tidak pernah terfikir," ujarnya.


Bercerita lanjut, Fyra berkata, sebelum pergaduhan tersebut, teman lelakinya berhasrat mengajak dia keluar.


Malah katanya, bermula daripada RM30, dia akhirnya menerima kira-kira RM670 daripada keseluruhan transaksi yang bertujuan untuk memujuk.




Sumber: mStar

eyansss Publish time 30-4-2023 10:39 PM

kalau anak teruna aku buat camni, taktau la nak lempang ke nak buat apa…

Antifake Publish time 30-4-2023 11:05 PM

Naikkan sampai seribu dik

nakkomenjugak Publish time 30-4-2023 11:38 PM

alang2 gondol kan sajorkkk bank akaun heols

CiliPadiSedap Publish time 30-4-2023 11:55 PM

Bodohnya dapat laki cmni. Tak cerdik. Spent money kt wife bukan gf

JIGON Publish time 1-5-2023 05:16 AM

Cite hasanah ke ni????

downiey Publish time 1-5-2023 03:42 PM

ahhahahaahh

hasniey Publish time 2-5-2023 07:14 PM

Jantan nya pon bengong.ko dh ckp jgn cari b la apa la..hujung2 mntak unblock.stupid

uda Publish time 5-5-2023 10:06 PM

Samalah macam ex bf my sister. Ada ke dia hantar kucing kat office dan kata kucing ni sebagai hantaran.
Giler ke?

Susah payah kami cari adopter untuk kucen tu.

chiyoasuka Publish time 28-7-2023 02:26 AM

eyansss replied at 30-4-2023 10:39 PM
kalau anak teruna aku buat camni, taktau la nak lempang ke nak buat apa…

hahahaha lempang sikit kak. supaya bijak sikit

eyansss Publish time 28-7-2023 07:22 AM

chiyoasuka replied at 28-7-2023 02:26 AM
hahahaha lempang sikit kak. supaya bijak sikit

hahaha...aku lempang lima kali la...biar bijak lima kali ganda...tapi aku memang selalu warning anak aku, kalau dah besar jangan gatal nak sara gf, mewahkan ke apa ke...kalau dah jadi isteri baru la ko berbelanja bersungguh ikut kemampuan...anak aku tanya, kenapa...aku cakap bukan kewajipan kamu, kalau dah jadi isteri baru wajib...setakat gf, harini dia ketuk kamu riburiban, harini jugak dia lari pegi ke lelaki lain...anak aku angguk panjang...harapnya akal dia bertambah panjang la after ceramah aku tu...hahaha...

LadyCarefree Publish time 29-7-2023 10:26 PM

eyansss replied at 30-4-2023 09:39 PM
kalau anak teruna aku buat camni, taktau la nak lempang ke nak buat apa…

potong konek?
Pages: [1]
View full version: Wanita Terima Wang Jumlah RM670, BF 'Transfer' Duit Siap Mesej Pujuk Rayu


ADVERTISEMENT