jin9708 Publish time 7-12-2010 11:34 PM

Adakah komen tentang Cadangan Ahmad Zahid?

http://www.asobserver.com/2010/12/indodefenceke-arah-pembentukan-aspirasi.html


Ini saat yang bersejarah untuk Asean apabila Menteri Pertahanan Vietnam General Phung Quang Thanh selaku pengerusi ADMM 2010 membaca kenyataan bersama dengan menyebut: Kita mengalu-alukan idea Malaysia yang mencadangkan untuk mewujudkan usaha kerjasama Industri Pertahanan Asean dan ADMM sedia maklum Dialog Industri Pertahanan Asean yang dianjurkan semasa DSA 2010 merupakan langkah pertama ke arah mencari peluang untuk mewujudkan peluang kerjasama ini.


oleh:Khoo Jin Kiat

Perjalanan pembentukan Kerjasama Industri Pertahanan Asean bukan mudah dan penuh dengan rintangan.
 Penulis memberi sokongan kepada Konsep Kerjasama Industri Pertahanan Asean,bukan disebabkan konsep ini merupakan seruan dari Malaysia.
 Penulis menyokong disebabkan aspirasi ini penting untuk memperkasakan semangat Asean dan memperkukuhkan lagi jalingan kerjasama pertahanan dan keselamatan rantau ini.
 Kalau kita berada dalam landasan bersama ini dengan hala tuju yang betul,maka generasi masa hadapan warga Asean bakal dapat menikmati hasil pembentukan aspirasi ini.
 Asean Security Observer telah mengemaskini konsep pembentukan Kerjasama Industri Pertahanan Asean ini ke konsep baru iaitu Industri Pertahanan Komuniti Asean ataupun Asean Defence Industri Community.
 Apabila kita menyebut pembentukan satu komuniti,maka proses pembentukan ini akan mengambil masa panjang, mungkin mengambil masa beberapa generasi akan datang.
 Akan tetapi,konsep ini tetap menjadi aspirasi bersama apabila kini agenda ini telah berada pada fasa dialog pelbagai hala dan perbincangan.
 Ada kalangan media pertahanan barat yang telah melaporkan konsep ini tidak mendapat sambutan positif dari kalangan keluarga Asean.
 Sejak dari awal lagi,penulis telah membuat kerja pemantauan ke atas isu ini,konsep ini masih dalam sesi dialog dan belum muktamad lagi,bagaimanakah negara-negara Asean ini membantahkannya?
 Penulis telah banyak mengikuti perkembangan semasa konsep tersebut dan menghadiri plebagai sesi perbincangan,adakah media barat yang buat laporan tersebut pernah melibatkan diri dalam mengikuti perkembangan ini?
 Kalau konsep ini tidak mendapat sambutan,kenapa pula agenda Kerjasama Industri Pertahanan Asean diterima sebulat surat dan dialu-alukan semasa Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean 2010 pada bulan Mei di Hanoi?

hyazinth79 Publish time 7-12-2010 11:55 PM

bagus tu mmg bagus , tp jgn pulak kita je yg membeli . lgpun asean kena tingkatkan kemahiran teknologi pertahanan terlebih dahulu selain pastikan tiada negara dominan dlm industri ni .

semarmesem Publish time 8-12-2010 12:01 AM

RI pikir pikir dulu, Singapore dah xsetuju :)

SChong Publish time 8-12-2010 12:40 PM

ASEAN is not security and military co-operation ...So, there will be many objection, especially from Indonesia and Singapore, if they have to share their advanced military industries with other ASEAN countries, especially Malaysa ...

tempur Publish time 8-12-2010 01:47 PM

Jauh lagi la nak jadi cam negara NATO...

Komrade Publish time 8-12-2010 08:30 PM

good for defend

jin9708 Publish time 8-12-2010 11:36 PM

tidak.apa yang i tahu Singapura bukan tak setuju tapi akui bukan senang nak duduk kerjasama.

shantika Publish time 9-12-2010 01:59 PM

Base nya di buat dimana??
Pages: [1]
View full version: Adakah komen tentang Cadangan Ahmad Zahid?


ADVERTISEMENT