mattzzx Publish time 30-4-2023 10:49 AM

Perez juara saingan pecut GP Azerbaijan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MOTOR-F1-AZERBAIJAN__1682781145.jpg
PEREZ melintasi garisan penamat untuk memenangi perlumbaan pecut GP Azerbaijan. FOTO Reuters

Baku: Sergio Perez muncul juara perlumbaan pecut di Grand Prix (GP) Azerbaijan untuk mengekalkan permulaan cemerlang Red Bull musim ini.

Pemandu Ferrari yang meraih petak utama, Charles Leclerc menduduki tempat kedua, manakala Max Verstappen di kedudukan ketiga untuk mengekalkan penguasaan keseluruhan pelumba menjelang perlumbaan esok.

Leclerc meraih petak utama untuk pusingan keempat musim ini tetapi persembahannya akan dinilai sama ada mampu untuk menghalang penguasaan Red Bulls.

Perez meraih aksi pertama daripada enam perlumbaan pecut pada 2023 selepas mengungguli GP Arab Saudi, manakala Verstappen pula muncul juara di perlumbaan pembukaan di Bahrain dan pada saingan sebelum ini di Melbourne.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/04/961635/perez-juara-saingan-pecut-gp-azerbaijan
Pages: [1]
View full version: Perez juara saingan pecut GP Azerbaijan


ADVERTISEMENT