Raline Publish time 30-4-2023 10:01 AM

Kajol Mengakui Menyukai Shah Rukh Khan Disebabkan Filem Kuch Kuch Hota Hai

Kajol Mengakui Menyukai Shah Rukh Khan Disebabkan Filem Kuch Kuch Hota Hai

https://murai.my/wp-content/uploads/2023/04/Capture-28-750x386.jpg

Pencinta filem Bollywood pastinya masih mengingati watak Kajol dan Shah Rukh Khan dalam filem Kuch Kuch Hota Hai.

Diingati Sehingga Kini

https://murai.my/wp-content/uploads/2023/04/via-Intep-Seleb.jpg
Kajol dan Shah Rukh Khan pernah membintangi beberapa filem popular Bollywood seperti Dilwale Dulhaniya Le Jayenge, Kabhi Khushi Kabhie Gham, hingga Kuch Kuch Hota Hai.

Salah satu aksi ikonik dan diingati sehingga kini adalah apabila mereka melakonkan watak Anjali dan Rahul dalam filem Kuch Kuch Hota Hai.

Mengakui Menyukai Shah Rukh Khan
Menurut Intepseleb, Kajol sendiri pernah mengakui bahawa dia pernah menyukai Shah Rukh Khan. Pengakuan ini dibuat ketika dia mengadakan sesi soal jawab bersama peminat di Twitter.

Saya suka tenaganya yang luar biasa.

Kajol juga terus terang mengakui dia sangat menyukai tenaga luar biasa Raja Bollywood itu.

Ditakdirkan Untuk Bercinta

https://murai.my/wp-content/uploads/2023/04/via-Intepselebq.jpg

Selain itu, Kajol turut menyatakan bahawa mereka berdua seakan ditakdirkan untuk bercinta apabila pengarah mula menjerit perkataan ‘aksi’.

Tambahnya lagi, ‘chemistry’ antara mereka berdua sangat serasi ketika melakonkan watak dalam filem tersebut.



Sumber:https://murai.my/2023/178202/178202/

_blackbird Publish time 2-5-2023 02:19 PM

Rahuuullll.....juice rahuulll.... juiceeee... juiceee.... *sambil goyang2 botol sunquick*

hidet Publish time 2-5-2023 02:21 PM

_blackbird replied at 2-5-2023 02:19 PM
Rahuuullll.....juice rahuulll.... juiceeee... juiceee.... *sambil goyang2 botol sunquick*

hahaahha..kesian sungguh masa ni.bersungguh dok sebut juuuicccceee tu

Mamason Publish time 14-5-2023 03:33 PM

_blackbird replied at 2-5-2023 02:19 PM
Rahuuullll.....juice rahuulll.... juiceeee... juiceee.... *sambil goyang2 botol sunquick*

Hahahaha sunquick tu kalau ditogok kojol terus... idak payah dibancuh dulu yek

_blackbird Publish time 14-5-2023 03:43 PM

Mamason replied at 14-5-2023 07:33 AM
Hahahaha sunquick tu kalau ditogok kojol terus... idak payah dibancuh dulu yek

mmg anjali pancing rahul dengan sebotol terus sunquick

https://media.kulfyapp.com/34GJWP/34GJWP.jpg

Mamason Publish time 15-5-2023 09:34 AM

_blackbird replied at 14-5-2023 03:43 PM
mmg anjali pancing rahul dengan sebotol terus sunquick

Iye2... tau... tu nak kata filem dulu2 xde beriya nak bancuh2 pun... nah! ambik ko sebotol terus haa... hehehe

_blackbird Publish time 15-5-2023 10:21 AM

Mamason replied at 15-5-2023 01:34 AM
Iye2... tau... tu nak kata filem dulu2 xde beriya nak bancuh2 pun... nah! ambik ko sebotol terus h ...

kalau tgk balik kuch kuch hota hai zaman skang ni mmg cringe sgt cerita dia dan non sense. wakakakakaka tapi masa jaman dia release mmg fenomena berulang2 kali aku nengok siap nangis wakakakaka :lol:

Mamason Publish time 15-5-2023 11:11 AM

_blackbird replied at 15-5-2023 10:21 AM
kalau tgk balik kuch kuch hota hai zaman skang ni mmg cringe sgt cerita dia dan non sense. wakakak ...

masa ni mama study kat UiTM... hahaha berjogek dlm bilik ngan senior hantu hindustan belaka masa ni.

Mula2 tgk xfaham nape laa senior aku ni toyak.. hahaha lps tu baru laa mama faham and tgk ulang2 baru nak toyak hahahaha apooo senior kata lambat dtg feel ;P

albedah Publish time 19-7-2023 09:27 AM

_blackbird replied at 2-5-2023 02:19 PM
Rahuuullll.....juice rahuulll.... juiceeee... juiceee.... *sambil goyang2 botol sunquick*

Ok mmg scene ni x bley blah

tootii Publish time 28-7-2023 01:51 PM

hahaa.. dua2 ni aku suka .. kalau belakon, mmg aku akan ngk punya.
citer lama2 derang pun aku duk ulang2 ngk .. enjoy je ..
tang rahul juice .. juice .. tu tak blh belah ;P
kalau derang ni kawen, mmg ngam sgt kan .. :lol:

Page88 Publish time 21-8-2023 12:26 AM

The only person that can fully tolerate Kajol.
Pages: [1]
View full version: Kajol Mengakui Menyukai Shah Rukh Khan Disebabkan Filem Kuch Kuch Hota Hai


ADVERTISEMENT