Raline Publish time 30-4-2023 09:42 AM

Pakai baju putih, warna cerah elak strok haba

Pakai baju putih, warna cerah elak strok haba

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bajuputih_1682730686.jpg
Rona putih catat suhu paling rendah dan dinobatkan sebagai warna paling ‘sejuk’ sesuai dipakai ketika cuaca panas. - Foto hiasan


Dalam pada menikmati kemeriahan Aidilfitri bersama keluarga dan rakan, aspek kesihatan perlu dititikberatkan terutama keadaan cuaca panas yang melanda negara hingga mengakibatkan strok haba sehingga boleh membawa maut.

Punca strok haba sebenar adalah peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 40 darjah Celsius atau lebih tinggi lagi berbanding suhu badan individu normal hanya 37 darjah Celcius.

Ia dipercayai ada kaitan dengan cuaca panas berpanjangan dialami negara terutama negeri di utara Semenanjung sehingga Ogos ini susulan peralihan Monsun Timur Laut.

Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran gelombang panas dengan suhu dijangka meningkat sehingga 37 darjah celcius di beberapa negeri.

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar memakai pakaian nipis dan memiliki pengaliran udara yang baik ketika cuaca panas.

Tambah lagi, warna pakaian berwarna cerah turut mempengaruhi tahap keselesaan pemakai ketika cuaca ekstrem.

Institut Kebangsaan Pengajian Alam Sekitar di Jepun menjalankan beberapa uji kaji ringkas yang asalnya dijalankan untuk melihat sama ada pemakaian topeng pelitup muka berwarna hitam dalam cuaca terik dapat meningkatkan risiko strok haba.

Dalam uji kaji itu, pengkaji memakaikan baju kemeja-T berlainan warna kepada patung dan kemudian mereka membiarkan patung itu, di bawah cahaya matahari pada hari yang tidak mencatatkan apa-apa pergerakan angin.

Selepas dibiarkan seketika, bacaan suhu bagi setiap patung akan diukur bagi menentukan warna apa yang lebih 'sejuk' ataupun 'panas'.


Baju putih warna sejuk elak cerapan bahang panas

Keputusannya tidak mengejutkan apabila warna putih mencatatkan suhu yang paling rendah sekali gus dinobatkan sebagai warna paling 'sejuk'.

Diikuti dengan warna-warna cerah seperti kelabu dan kuning yang mencatatkan suhu mirip dengan keadaan sekeliling iaitu, 30 darjah Celcius.

Pakaian berwarna putih sebenarnya memantulkan haba ke kulit.

Mekanisme itu mengikut prinsip bahawa warna yang lebih terang menyerap sinaran elektromagnet daripada matahari.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/cerah_1682730689.jpg
Kemeja-T berwarna gelap seperti biru tua, hitam atau hijau boleh mencatatkan cerapan bacaan suhu melebihi 50 darjah Celcius dalam masa lima minit. - Foto hiasan

Baju hitam, warna gelap menyerap haba matahari

Manakala, kemeja berwarna gelap dengan jelas tidak menunjukkan bacaan suhu yang diingini seperti kemeja hitam dan hijau mencatatkan bacaan suhu melebihi 50 darjah Celcius dalam masa lima minit sahaja.

Pakaian berwarna gelap seperti hitam atau biru tua menyerap haba daripada matahari yang mengakibatkan suhu badan meningkat secara mendadak sekali gus boleh terjadinya dehidrasi.

Bacaan suhu ini melebihi bacaan asal dengan perbezaan lebih daripada 20 darjah Celcius ketika uji kaji ini mula dijalankan.

Sumber:https://www.bharian.com.my/wanita/fesyen/2023/04/1095091/pakai-baju-putih-warna-cerah-elak-strok-haba


Pages: [1]
View full version: Pakai baju putih, warna cerah elak strok haba


ADVERTISEMENT