Raline Publish time 26-4-2023 12:05 PM

Kek coklat lima bahan

Kek coklat lima bahan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo1681965509_1682028423.jpg
KEK coklat lima bahan.


KEMERIAHAN Syawal rasanya tidak lengkap tanpa sajian enak terutama pilihan biskut dan kek bagi penggemar pencuci mulut.

Suatu yang sukar ditolak dalam komponen biskut atau kek, tentu sahaja coklat. Ia memiliki kombinasi pahit dan manis yang unik.

Malah, apabila dipadukan dengan ramuan lain baik krim mahupun susu, rasa pahit menjadi harmoni sehinggakan ralik menikmatinya.

Terbaharu, Chef Selebriti Master Chef Musim Pertama, Dr Ezani Farhana Md Moto tidak ketinggalan memeriahkan kempen Riang Ria bersama IKEA dengan mempelawa lebih 40 pengamal media dalam satu program dianjurkan di Ikea Cheras baru-baru ini.

Tampil dalam program sama adalah Brian Chen atau lebih mesra disapa Abang Brian menerusi penyediaan Rendang Meatball.

Kata Dr Ezani Farhana, suatu pengalaman yang unik apabila Sweedish Food Market iaitu rangkaian F&B Ikea menawarkan produk barangan dapur berkualiti premium pada harga berpatutan.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/21XXIKEA3_1682028426.jpg

DR Ezani Farhana dan Abang Brian ketika demonstrasi penyediaan resipi sahur menggunakan barang Sweedish Food Market.


"Tidak dinafikan barangan terutama produk coklat dan biskut antara produk kegemaran saya di Sweedish Food Market Ikea.

"Saya yang juga penggemar dan pembuat sajian pencuci mulut boleh gunakan pelbagai barangan di sini untuk menghasilkan resipi atau juadah enak.

"Contohnya cabaran menghasilkan kek coklat daripada lima bahan dan semuanya boleh didapati di Sweedish Food Market.

"Selain menggunakan bahan yang mudah, penyediaannya juga tidak rumit. Malah, ketika cabaran itu diberikan kepada staf Ikea terpilih, mereka mampu membuat kek seperti saya," katanya.

Selain sukatan dan kaedah penyediaan menjamin resipi 'menjadi,' penggunaan bahan masakan premium serta berkualiti juga membantu meningkatkan rasa sajian.

Sementara itu, Pengurus Runcit Negara bagi Ikea Malaysia, Malcolm Pruys berkata, pihaknya melihat Sweedish Food Market boleh memenuhi cita rasa dan keperluan dapur rumah terutama sebagai persiapan raya.

Katanya, produk yang 'laku keras' di restoran Ikea seperti bebola daging mudah didapati di Sweedish Food Market dan dengan perkongsian dua cef selebriti diharap menceriakan lagi sambutan perayaan tahun ini.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo1681965509%281%29_1682028428.jpg
PENYEDIAAN bahan coklat.

Berikut adalah resipi penyediaan kek coklat lima bahan Dr Ezani:

Bahan-bahan:

100 gram mentega masin

140 gram coklat gelap Ikea (dicincang)

Enam biji telur (diasingkan putih dan kuning)

140 biskut badam Ikea (dihancurkan sehingga menjadi serbuk)

85 gram gula kastor

Bahan-bahan hidangan (bahan untuk hiasan):

Gelato kelapa Ikea

Biskut oat dan biskut halia Ikea

Serbuk koko

Bunga boleh dimakan

Bahan-bahan sos coklat:

150 gram coklat susu Ikea (dicincang halus)

50 gram Oatly (susu oat)

Penyediaannya:

1. Panaskan dahulu ketuhar 170 darjah Celsius.

2. Sediakan loyang (saiz sembilan inci). Alaskan dengan kertas pembakar. Oles mentega di dasar dan tepinya.

3. Masukkan mentega dan coklat gelap dalam mangkuk tahan haba dan dimasak secara 'double boiler.' Selepas coklat cair rehatkan selama lima minit.

4. Adunan coklat tadi masukkan kuning telur satu persatu dan serbuk biskut badam Ikea.

4. Dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur sehingga sedikit kembang. Kemudian masukkan gula kastor sehingga kembang penuh.

5. Masukkan 3/4 adunan putih telur ke dalam adunan coklat. Gaulkan adunan perlahan-lahan. Baru masukkan baki adunan putih telur dan kaup perlahan-lahan untuk elak adunan hilang udara.

6. Tuang adunan dalam loyang dan bakar 35 hingga 45 minit sehingga kek naik. Pastikan atas kek betul-betul kering.

7. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk.

8. Penyediaan sos coklat. Masak coklat susu Ikea dengan susu oat dalam periuk. Gaul sehingga cair sepenuhnya.

9. Hidangkan kek bersama sos coklat, gelato, serbuk biskut dan bunga boleh dimakan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/WM/2023/04/959223/kek-coklat-lima-bahan

dilaOHdila Publish time 23-8-2023 10:23 AM

KEK COKLAT MOIST (Resepi dapurku_biru)


[*]Bahan A (untuk diayak)

[*]1 cawan tepung

[*]1/2 cawan serbuk koko

[*]1 sudu kecil baking powder

[*]1 sudu kecil soda bikarbonat

[*]Bahan B (untuk diblender)

[*]2 biji telur

[*]1/2 cawan gula

[*]1/2 cawan susu cair

[*]1/2 cawan susu pekat manis

[*]1/2 cawan minyak masak

[*]1 sudu esen vanila

[*]Bahan lain (hiasan)

[*]2 sudu air panas

[*]hirisan badam

[*]cip coklat

Cara Memasak

[*]Ayak BAHAN A (ketepikan)

[*]BAHAN B (diblender)

-Masukkan BAHAN B kedlm blender kisar hgga berbuih.
- Masukkan BAHAN B tadi kedalam BAHAN A sedikit demi sedikit. Kacau rata dan masukkan 2 sudu air panas.
- Masukkan adunan ke dalam loyang. Taburkan hiasan hirisan badam dan cip coklat.
- Bakar dalam oven suhu 140° selama 45-50 minit.
Tips : cara nak cek kek masak atau tidak, cucuk kek dengan pisau. Jika pisau keluar bersih, kek sudah masak.
*Bergantung kepada oven masing2.
* Saya masukkan 2 sudu kecil coklat Emulco dan gaul rata.
Boleh guna loyang 8 x 8 x 3 juga
SELAMAT MENCUBA




diane_enaid Publish time 5-10-2023 07:22 PM

Sedapnya tapi beli je la lagi senang ????
Pages: [1]
View full version: Kek coklat lima bahan


ADVERTISEMENT