Raline Publish time 21-4-2023 10:16 AM

“Masa Tu Saya Masih Mengandung..” – Shermine Dakwa Mira Batalkan Pertunangan Sebab Dah ‘Bersama’ View Chin

“Masa Tu Saya Masih Mengandung..” – Shermine Dakwa Mira Batalkan Pertunangan Sebab Dah ‘Bersama’ View Chin

https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2023/04/21100709/mira-3.jpg
Isteri kepada TikToker terkenal, View Chin iaitu Shermine Hau Ah Moi memaklumkan dia akan membuat laporan kepada pejabat berkuasa agama berhubung tindakan pekerja, Amirah Aqilah yang menjadi punca kemelut rumah tangga mereka.

Menerusi temu bual bersama Sin Chew Daily, Shermine berkata dia telah berbincang mengenai perkara ini dan akan menyerahkan sepenuhnya kepada peguam untuk tindakan lanjut.

Bukan itu sahaja, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut memaklumkan dia tidak pernah mendapat sebarang permohonan maaf daripada Mira walaupun mengetahui dia mempunyai hubungan sulit bersama suaminya.

https://www.instagram.com/p/CddLcCfJMfU/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=loading

Dia langsung tidak menghubungi saya dan saya percaya dia sedang bersembunyi.
Dalam pada itu, Shermine menafikan dakwaan yang mengatakan Mira merupakan isteri orang dan telah berkahwin, sebaliknya dia hanya pernah bertunang.

Bagaimanapun, hubungan pertunangan itu tidak kekal lama dan terputus kerana dia telah menjalinkan hubungan dengan View Chin.

Mira belum kahwin, dia cuma bertunang. Kami sendiri yang datang ke majlis pertunangannya, masa itu saya sedang mengandung.

7223668720529313030

Terdahulu, Shermine Hau-Ah Moi telah mendedahkan perbuatan curang suaminya dengan memuat naik beberapa bukti perbualan mesra antara View Chin dan Mira di aplikasi WhatsApp.

Susulan itu, kontroversi antara View Chin dan Mira mula tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sumber:https://beautifulnara.com/masa-tu-saya-masih-mengandung-shermine-dakwa-mira-batalkan-pertunangan-sebab-dah-bersama-view-chin/

Samerosie Publish time 23-4-2023 10:24 PM

Muka mirab dgn permandangan chin mirip sangat.Ada jodoh panjang ni.

Jemahjemah Publish time 1-5-2023 06:39 PM

Kesian. Musim jejantan mencurang. Bebabi menyondol. Emm

SalenaGomez Publish time 3-5-2023 08:47 PM

Samerosie replied at 23-4-2023 10:24 PM
Muka mirab dgn permandangan chin mirip sangat.Ada jodoh panjang ni.

Kan…sG xdelah menyokong tp muka depa nampak la iras

Ada 1 video kat ig chin tu, time ambil plat youtube/tiktok (xingat mana 1). Obvious nau chin ignore wife nya

Rogue98 Publish time 3-5-2023 10:16 PM

Shermine pun dah bercerai...letgo jer jantan camtu..samada dia dgn si Babi sondol tak payah ambik tau dah. Focus kaut harta vc jer skrg. Then focus kat urself, kids n ur new biz.
Pages: [1]
View full version: “Masa Tu Saya Masih Mengandung..” – Shermine Dakwa Mira Batalkan Pertunangan Sebab Dah ‘Bersama’ View Chin


ADVERTISEMENT