mattzzx Publish time 20-4-2023 08:50 AM

Petisyen Ferrari ditolak

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MOTOR-F1-FERRARI__1681872432.jpg
SAINZ terbabit perlanggaran dengan Alonso.

London: Steward Formula Satu (F1) menolak petisyen Ferrari yang mahu penalti ke atas Carlos Sainz dibatalkan pada Grand Prix Australia bulan ini.

Empat steward terbabit mengekalkan keputusan asal selepas mesyuarat secara maya diadakan semalam bagi menimbangkan sama ada penalti yang menolak kedudukan Sainz dari tempat ke-4 ke tempat ke-12 boleh dinilai semula.

Ferrari perlukan elemen baharu yang relevan dan signifikan tetapi selepas menimbangkan keterangan saksi dan data telemetri, pegawai terbabit berpendapat pasukan Itali itu gagal melakukannya.

"Tidak ada elemen baharu yang relevan dan signifikan yang perlu diberikan untuk penilaian semula hukuman.Oleh itu petisyen ditolak," menurut mereka.

Sainz dipersalahkan sepenuhnya ketika terbabit pelanggaran dengan pelumba Aston Martin, Fernando Alonso yang meraih tempat ketiga di Albert Park.

Pelumba Ferrari itu yang menerima hukuman ketika perlumbaan tanpa sesi pendengaran berkata, ia adalah penalti paling tidak adil pernah dilihat dalam hidupnya.

"Sangat mengecewakan FIA tidak membenarkan kami hak untuk penilaian semula," kata Sainz di Twitter.

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/04/958568/petisyen-ferrari-ditolak
Pages: [1]
View full version: Petisyen Ferrari ditolak


ADVERTISEMENT