mattzzx Publish time 18-4-2023 04:58 PM

Rins ungguli GP Amerika, Bagnaia terbabas

https://assets.bharian.com.my/images/articles/raiang2j4y24y_1681692576.jpg
Pennunggang pasukan LCR Honda Castrol, Alex Rins memenangi perlumbaan MotoGP Grand Prix Amerika di Austin. - Foto REUTERS

AUSTIN, Amerika Syarikat: Alex Rins memenangi Grand Prix Amerika selepas juara dunia MotoGP, Francesco Bagnaia terbabas.

Rins memanfaatkan kesilapan pendahulu itu, yang bermula dari petak utama, untuk memenangi perlumbaan ketiga musim ini serta menamatkan kemarau kemenangan Honda.

Luca Marini (Ducati-VR46) di tempat kedua dan Fabio Quartararo (Yamaha) melengkapkan tangga podium.

Penunggang Ducati, Bagnaia memenangi acara pecut pada Sabtu tetapi gagal mengutip mata di Austin, dengan Marco Bezzechhi yang menamatkan perlumbaan di tempat keenam, melebarkan kelebihan sebagai pendahulu kejuaraan.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/riasnvfakegl2j4y224_1681692572.jpg
Francesco Bagnaia (depan) diasak Alex Rins ketika perlumbaan MotoGP di Grand Prix Amerika, Austin. - Foto REUTERS

Rins, pemenang di litar sama pada tahun 2019 ketika mewakili Suzuki, mendahului perlumbaan 20 pusingan itu di peringkat pertengahan apabila jentera Bagnaia tergelincir.

"Saya cuba mengejar 'Pecco' (Bagnaia), menekan dia di selekoh, jadi saya amat gembira, dan bangga dengan pasukan," kata Rins.

Bezzechi, yang menang di Argentina, mengumpul kelebihan 11 mata ke atas Bagnaia menjelang perlumbaan keempat musim ini di Sepanyol, akhir bulan ini.

Rins, 27, melonjak ke tangga ketiga, enam mata di belakang Bagnaia yang meraih tempat kedua di Argentina. - AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2023/04/1090758/rins-ungguli-gp-amerika-bagnaia-terbabas
Pages: [1]
View full version: Rins ungguli GP Amerika, Bagnaia terbabas


ADVERTISEMENT