Raline Publish time 18-4-2023 03:48 PM

“Sopan & Nerd?” – Macam Ini Rupanya Personaliti Orang Yang Berambut Brunette

“Sopan & Nerd?” – Macam Ini Rupanya Personaliti Orang Yang Berambut Brunette



https://murai.my/wp-content/uploads/2023/04/brunettekatemiddleton-750x501.jpg

“Alahai cantiknya warna rambut brunette.”

Kita biasa dengar orang meminta warna brunette. Tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan warna brunette?

Bila lihat pada pelbagai contoh gambar, semuanya kelihatan seperti warna perang atau coklat. Jadi warna brunette yang sering disebut-sebut oleh pakar colorist rambut ini sebenarnya hanya coklat sahaja ke?


https://murai.my/wp-content/uploads/2023/04/brunette-e1681787580736.webp

Buat pengetahuan kamu, brunette ialah perkataan dari perkataan asal Perancis yakni apabila diterjemah ialah keperangan atau kecoklatan. Nak tahu, pemilik rambut brunette ini juga dianggap mempunyai personaliti tertentu.

Mereka dianggap sebagai sopan, nerd, berdikari atau tegas. Kalau dalam filem-filem Hollywood, kamu akan perasan ada watak gadis brunette bertentangan dengan sifat gadis rambut blonde.

Antara selebriti terkenal yang bangga memiliki mahkota brunette ialah Keira Knightley, Angelina Jolie, Emilia Clark, Mila Kunis, Emma Watson, Kate Middleton dan ramai lagi.

https://murai.my/wp-content/uploads/2023/04/kierakate-e1681787846803.jpg

Warna ini kedua popular selepas warna hitam dan diwarisi oleh orang Eropah, benua Amerika, masyarakat asli Australia dan sekitar kepulauan Melanesia. Tidak seperti rambut hitam, brunette kaya dengan pigment eumelanin tapi kurang pigment pheomelanin.

Jadi jika kamu ke salon dan minta untuk rambut diwarnakan brunette, kamu akan dapat hasil rambut perang mengikut kesesuaian warna kulit. Siapa yang ingin terlihat anggun dan sofistikated, warna begini sememangnya sinonim dengan aura begitu.

Sumber:
https://murai.my/2023/177268/sopan-nerd-macam-ini-rupanya-personaliti-orang-yang-berambut-brunette/

Pages: [1]
View full version: “Sopan & Nerd?” – Macam Ini Rupanya Personaliti Orang Yang Berambut Brunette


ADVERTISEMENT