tatod Publish time 18-4-2023 08:54 AM

Priyanka Ke Hollywood Kerana ‘Politik’ Bollywood

Punya bakat dan rupa dan dianggap pakej lengkap bukan jaminan aktres seperti Priyanka Chopra membina nama di Bollywood.


Bosan dipinggirkan, isteri kepada penyanyi Nick Jonas mendedahkan penat dengan politik industri Bollywood sebagai alasannya lari Hollywood.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/18/085314gm1fzxi922xjllc9.png



Namun, sebelum beraksi di layar perak, dia bekerja dengan beberapa penggiat industri muzik terkenal Amerika Syarikat sehingga berjaya menandatangani perjanjian dengan Interscope Records sebagai penyanyi pada awal 2010.


Hasil kerjasama tersebut membuka peluang untuknya menjalin kerjasama dengan ramai penyanyi rap termasuk Pitbull dan Will.i.Am,l.


Akhirnya Priyanka menyedari bakat serta minatnya lebih kepada bidang lakonan, bukan nyanyian seperti disangkakan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/18/085351eozvctsp7sqs6cq5.jpg



Kongsi bintang berusia 41 tahun itu lagi, langkahnya di Amerika Syarikat menyinar sebaik mengikuti uji bakat untuk rancangan drama bertema perisik berjudul, Quantico.


“Saya membaca skrip supaya saya tahu apa rentak drama itu, malah saya bekerja dengan jurulatih lakonan.


“Di sinilah saya sekarang,” katanya yang membawa watak sebagai Alex Parrish dalam siri tersebut. - CARI




Sumber: KOSMO! ONLINE

KamikuP Publish time 18-4-2023 02:53 PM

Terserlah wajah acik parpu bila dah kertu

CinnamonR Publish time 18-4-2023 05:50 PM

Dgn laki mcm mak dgn anak ikan

KBW2 Publish time 18-4-2023 06:14 PM

Kehkekeh politaik konon, cakap jelah nama kau busuk sbb nak caras sarokan daripada gauri.:lol:

delia3003 Publish time 18-4-2023 09:49 PM

Edited by delia3003 at 18-4-2023 09:53 PM

Bila penat dengan politik Hollywood nanti nak lari ke mana pulak?:lol:

sarah_ary2 Publish time 19-4-2023 07:11 AM

KBW2 replied at 18-4-2023 06:14 PM
Kehkekeh politaik konon, cakap jelah nama kau busuk sbb nak caras sarokan daripada gauri.

Hahahahah kan, bila tgk Bollywood Housewives baru nampak betapa cool and chillnya Gauri, patutlah ramai juga org suka sheols, jenis rajin juga belajar buat business perabot, kira out of her comfort zone

marchikobonzo Publish time 28-4-2023 01:01 PM

Hahaha..kena boikot sb sondol srk kannnnnnnn?? Tiberr politik pulak

alesandra Publish time 28-4-2023 05:11 PM

Xtau pulak dia nak caras srk.betul la dia ckp..kalo kena boikot tu politik la jugak tu.tapi popular kt hollywood dapat kawen dgn salah sorang jonas brothers tu the hell of a move la

hidet Publish time 30-4-2023 10:42 PM

masih wonder cane nick jona tu nak kat dia..cinta itu buta...maybe sbb PC lebih kaya ?
Pages: [1]
View full version: Priyanka Ke Hollywood Kerana ‘Politik’ Bollywood


ADVERTISEMENT