tatod Publish time 17-4-2023 08:19 PM

Wanita Stress Kena 'Mental Torture' 14 Tahun Wajib Balik Beraya Di Kedah, Suami Ugut Talak, Ibu Mentua Label Anak Derhaka

Seorang wanita, dia berdepan kemelut apabila dipaksa oleh suami untuk beraya bersama keluarga mentuanya selama 14 tahun berturut-turut.


Melalui satu luahan tanpa nama di Twitter, wanita itu mendakwa dia diugut bakal jatuh talak sekiranya mengingkari permintaan untuk pulang ke kampung halaman suaminya.


"Tolong saya, tentang isu balik raya je pun. Suami saya kata kalau saya berkeras nak balik rumah mak untuk raya pertama, akan jatuh talak.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/17/201900ythqgt33ztj35jlq.jpgGambar hiasan.




"Untuk pengetahuan, dah 14 tahun saya kahwin, tak pernah raya pertama dengan family saya. Padahal family saya di Kuala Lumpur je, kami duduk di Ampang.


"Apa salahnya kali ni singgah raya sekejap rumah mak saya, lepas tu balik ke kampung dia (suami) di Kedah.


"Saya teringin sangat nak beraya dengan family saya," kata wanita itu kecewa.


Namun begitu, ternyata masalah yang lebih besar ada pada ibu mentuanya yang kerap meletakkan tekanan pada suaminya untuk pulang ke kampung di Kedah.


"Mak mentua saya kata, kalau anak-anak dia raya pertama tak balik kampung, mereka dikira sebagai anak derhaka.


"Saya sedih yang tak terkira ni. Saya cakap dekat suami, kali ni je untuk Raya Aidilfitri nak balik rumah mak saya.


"Raya Haji nanti boleh balik Kedah saya okay. Tapi suami tetap berkeras. Saya rindu suasana raya dengan family saya," kata wanita itu menutup luahan.


Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya memberi nasihat untuk membantu wanita itu mengharungi pertelingkahan bersama suaminya.




Sumber: mStar

fealefea Publish time 17-4-2023 08:35 PM

Buat je cam mawar dulu. Die balik penang, fizo kelate. Setel

Thunderclouds Publish time 17-4-2023 10:34 PM

Kakak iols, xpernah beraya posa hari pertama,kedua ketiga kt umah mentua sepanjang dia kawen yach.
Dh bcucu pon kak ai tuh.
CucuĀ² ank menantu pn time raya posa mmg blk umah nyang(mak iols).
Rasional dia sbb dh dok sekampung hariĀ² hadap muka mentua, time raya dia nk tgk muka pakMak weols lar.

najib888 Publish time 17-4-2023 11:18 PM

Laaa.. ada lagi isu ni di zaman sekarang? Raya je pun..

margo20 Publish time 18-4-2023 12:30 AM

Laki aku walau gaduh camne pun pagi raya mesti kt umah mak aku dulu baru g umah mak dia

rogayahtop Publish time 18-4-2023 02:02 AM

Dah 14 tahun apalah sangat lagi 14 tahun. Nanti dah 28 taun selesai masalah lepas bermadu nanti. Stgh pompuan ni kadang2 mcm lepas kawin je otak pun jammed semua masalah kena share kat soc med instead of buat decision sendiri

kaedahnya Publish time 18-4-2023 06:07 AM

ke dia exaggerate, takkanla mak mertua & suami cakap sampai macam tu sekali bab balik raya jah pun.
ke ada benda lain terjadi sampai terkeluar ayat ayat sebegitu.

buapakperut Publish time 18-4-2023 06:48 AM

iol anak yatim, tiap tahun raya pertama dengan mak laki. walpn iols tak suka sebab mil sangat jeles kat menantu2 pempuan yach.nak2 tahun lepas iols tak nolong dapo sebab mak buyung.abis kene perli kene fitnah iols oleh mil. so that's the last straw la, dah 7 tahun iol sabar.tahun ni raya kat rumah mak angkat walaupun takda pertalian darah tapi family sheol sangat tinggi dimata iol.

nuralisa Publish time 18-4-2023 09:44 AM

mak mertua pun.. agak2 la..org tu pun ada mak bapak ...

KamikuP Publish time 18-4-2023 10:21 AM

Toksiknya laki dan mil tu. Tuntut cerai je lah senang

Meiizu Publish time 18-4-2023 02:25 PM

Dia sekadar nak luah je tu..dah 14thn takkanlah takde jln keluarlagi..wat penat je netizen bgasak pun

HelgaPataki Publish time 18-4-2023 03:24 PM

buapakperut replied at 18-4-2023 06:48 AM
iol anak yatim, tiap tahun raya pertama dengan mak laki. walpn iols tak suka sebab mil sangat jeles...

Husband side you tak dlm hal ni?

clarizsa Publish time 18-4-2023 10:23 PM

Ppuan bodoh camtulah
Berbelas tahun hadap laki bengap pastu meluah sana sini dgn harapan apa ?
Nak org simpati bg nasihat itu ini pastu ignore n sambung hadap kebodohan sndri
Bebal punya betina

zuuu Publish time 19-4-2023 04:10 AM

Kagum aq pompuan ni sanggup bertahan 14 tahun hidup dengan suami n family in law toxic gini

Zack8hunter Publish time 20-4-2023 02:09 PM

aku br tau kalo chinese, once dia dah kawen, tiap kali mkn besar CNY wajib kene follow famili husband. Colleague aku siap bgtau, even parents in law dia dah meninggal sekalipun, dia still tak dibenarkn mkn besar dgn famili belah dia. kesudahannya, tiap kali CNY, dia makan besar dgn husband dan anak2 dia jer

penmerah Publish time 20-4-2023 03:40 PM

Laaa Lepas 14 tahun then Tanya pendapat nitizen ke?
Apa Kata akak sambung lagi 14 tahun? Apadahal
Rasa nak maki aje Pompuan sebegini

penmerah Publish time 20-4-2023 03:43 PM

buapakperut replied at 18-4-2023 06:48 AM
iol anak yatim, tiap tahun raya pertama dengan mak laki. walpn iols tak suka sebab mil sangat jeles...

Teruknya
Kesian nasib u
Bak Kata pepatah pinggan tak retak... Nasik tak dingin
Diorg tak hendak... Uols lagi tak hingin

Moga2 hasben u side u lah

hashashes Publish time 20-4-2023 03:54 PM

Nasib baik laki aku tak berkira pasal raya ni, dia ok je mana2. Aku pun ok je mana2 haha asalkan ada dengan laki & anak2 aku

ina_na Publish time 21-4-2023 12:50 AM

Zack8hunter replied at 20-4-2023 02:09 PM
aku br tau kalo chinese, once dia dah kawen, tiap kali mkn besar CNY wajib kene follow famili husban ...

Ha ah jiran sebelah rumah aku ni pun ckp mcm ni..nsb baik kg dia dan suami dekat2 je..Lps p makan rumah mak suami..p makan rumah mak dia pulak..pdhal mak mertua dia tinggal sekali gan dia sebelah rumah ni.. cuma bl ade keraian br blk rumah mak suami dia...Bab ni je la uncle tu menang..Bab lain aunty tu menang..nak2 anak pulak semua lelaki..mmg best je tgk aunty tu.. semua dia btl .hehehe

Supersirap Publish time 21-4-2023 06:39 AM

Pentingnya sifat bertimbang rasa antara suami dan isteri
Pages: [1] 2 3
View full version: Wanita Stress Kena 'Mental Torture' 14 Tahun Wajib Balik Beraya Di Kedah, Suami Ugut Talak, Ibu Mentua Label Anak Derhaka


ADVERTISEMENT