tatod Publish time 16-4-2023 01:43 PM

Celup Kepala Dalam Air Balang Sebelum Beri Kawan Minum

Rata-rata orang ramai menyifatkan aksi seorang pempengaruh media sosial mencelup kepalanya ke dalam air balang di sebuah bazar Aidilfitri sebagai satu perkara yang tidak bermoral.


Sehubungan itu, tindakan lelaki yang berpakaian seperti wanita itu mendapat kecaman teruk daripada kalangan pengguna media sosial.


Menerusi sebuah rakaman yang tular, mereka dikatakan sedang bergurau antara satu sama lain, namun ramai yang tidak bersetuju dengan gurauan sedemikian.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/16/134239zoll5jrzijngnh4o.png



“Nak bergurau bukan dengan makanan atau minuman, itu rezeki, kau buat ‘content’ (kandungan) macam ini, sama macam kau hina rezeki,” tegur Laila.


“Kenapa dia buat macam itu, teh ais tu penuh balang lagi, kalau dah tak habis berniaga, masih boleh kongsi dan sedekah kepada orang ramai, sedih bila lihat orang tak hargai rezeki Allah semata-mara untuk konten,” luah seorang pengguna lain.


“Lalu pula seorang lagi tu nak minum, buatnya rambut kawan tu berkutu, penuh satu cawan teh ais,” seloroh Yazid.




Sumber: KOSMO! ONLINE

Kentot_Wangi Publish time 16-4-2023 01:56 PM

Pempengaruh media sosial tidak pernah lagi ak nampak yg cerdik buat content.

doridori_hi Publish time 16-4-2023 02:30 PM

Dah nk sama ngn influencer Yindon dah, buat benda merapu nk terkenal...

cikatilia Publish time 17-4-2023 10:55 AM

air tu agak2 di jual kepada org ramai ke lepas tu
kalau x habis.. mmg xlaku la jualan tu eh.. xsedap gamaknya

Kurex Publish time 17-4-2023 04:24 PM

tak pernah nampak kebijaksanaan inpluenser2 semua ni

LemakPetai Publish time 18-4-2023 01:12 AM

Semak je 'influenza' ni semua

jihyomelly Publish time 18-4-2023 04:16 AM

tak pernah tak bodoh!!!!!

Blabbermouth Publish time 27-4-2023 01:38 PM

Humor is subjective and what's funny to one person may not be funny to another. By being mindful of boundaries and respectful of others, you can help ensure that your jokes are appropriate and enjoyable for everyone.

downiey Publish time 1-5-2023 01:19 PM

bodoh nye la hai
Pages: [1]
View full version: Celup Kepala Dalam Air Balang Sebelum Beri Kawan Minum


ADVERTISEMENT