tatod Publish time 16-4-2023 12:24 PM

Isteri Derita Sakit Kanser,Suami Asyik Hilang Tengah Malam Disondol Adik Kandung Sendiri

Melalui satu luahan tanpa nama di laman Twitter, wanita itu yang sedang nazak dalam dilema sama ada mahu mendedahkan perangai terkutuk suaminya kepada keluarganya atau pasrah dan membawa saja rahsia itu ke liang lahad.


"Saya isteri umur 44 tahun. Ada tiga orang anak. Bulan Ogos tahun lepas saya diberitahu ada kanser payudara tahap 4, hidup saya sejak tu keluar masuk hospital sahaja.


"Payudara sebelah kanan dah kena buang, kemoterapi dah 16 kitaran. Sekarang kanser dah merebak sampai paru-paru. Doktor bagi saya pulang ke rumah dengan oksigen dan ubat tahan sakit.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/16/122312hkrwg2jri86eeqfj.pngGambar hiasan.




"Saya tahu masa saya dah tak lama, sepanjang duduk dalam wad, saya dapat rasakan kanser tahap saya ni paling lama boleh tahan sampai lepas raya ni je.


"Saya dan keluarga pun dah sign perjanjian untuk tidak resuscitate iaitu tak buat Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) atau masukkan tiub dalam mulut jika keadaan saya semakin tenat di hospital," ujar wanita itu.


Ketika keadaan kesihatannya semakin merosot, wanita itu sedar suaminya mula menjauhkan diri seolah-olah ada menyembunyikan sesuatu.


"Sejak saya keluar dari hospital, saya perasan suami selalu hilang waktu malam. Saya tak tahu berapa lama dah jadi macam ni, mungkin sejak dari saya duduk di hospital lagi sebab waktu tu anak perempuan kami yang jaga saya di wad.


"Lepas dua minggu dekat rumah dan perhatikan perangai dia, saya cakap dekat dia, kalau dia nak kahwin lain saya bagi dan benarkan. Cuma saya minta jangan kahwin waktu saya hidup sahaja.


"Dan saya nak tahu juga perempuan mana yang dia tengah target tu. Dia tak marah dan tak nafikan apa-apa. Mungkin dia nampak keadaan saya dah uzur, mungkin dia kesian untuk bergaduh dengan saya," katanya.


Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, kebenaran terungkai dan ternyata si suami sudah satu langkah di hadapan untuk mencari pengganti wanita berkenaan.


"Dua hari selepas saya berdepan dengan dia, saya dapat curi sekejap phone dia waktu dia masuk tandas.


"Betapa hancurnya hati saya dapat jumpa satu mesej ni, satu mesej yang sungguh puitis dan romantis. Saya cuba call nombor tu tapi tak berangkat. Saya tukar guna simcard anak saya call nombor tu semula baru la berjawab.


"Terkejut dan naik darah bila saya dengar suara yang menjawab tu rupanya suara adik perempuan saya sendiri. Saya terus letak phone, saya terkedu tak boleh cakap apa-apa. Untuk pengetahuan, adik saya janda muda umur 28 tahun.


"Memang cantik adik saya, sebab itu ramai yang suka tapi kenapa mesti suami saya juga yang suka adik saya? Saya berbelah bagi apa yang saya patut buat sekarang," kata wanita itu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/16/122412kp9cb80kxlgvo758.jpgGambar hiasan.




Wanita itu berkata dia mahu mencari keadilan untuk dirinya tetapi pada masa yang sama risau jika keluarganya akan berantakan apabila segala kebenaran didedahkan.


"Kalau saya serang suami dengan adik, maruah keluarga saya hancur, maruah suami saya depan anak-anak pun habis hancur.


"Saya dah tak lama atas dunia ni, kalau saya diam, semua orang selamat. Anak saya tak akan tahu perangai ayah mereka macam mana. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku, biar saya seorang yang tersakiti.


"Saya rasa macam nak minta dekat Tuhan matikan saya sekarang. Saya tak mahu susahkan siapa-siapa. Saya dah sedia untuk pergi," kata wanita itu menoktahkan luahan. - CARI




Sumber: mStar

dua_chzy Publish time 16-4-2023 01:29 PM

Kalau ni bukan hasanah, kesian kau sis. Ko name and shame saja macam Puteri Sarah tu. Ni nak mulia sangat simpan2 rehsia, for hwat? Nazak nanti kalau nampak muka laki dengan adik ko tu rasanya rasa aman damai nak pergi or rasa macam nak mohon kat Tuhan jadik hantu syaiton ganggu hidop meka berdua sampai mampus?

Belibis Publish time 16-4-2023 01:34 PM

'saya benarkan kahwin lagi,tapi bukan masa saya hidup'..
Tu maknanya tak izinkan la sayam oiiiii.

rogayahtop Publish time 16-4-2023 03:55 PM

Tweet2 hasanah.

evlinne Publish time 16-4-2023 06:28 PM

dua_chzy replied at 16-4-2023 01:29 PM
Kalau ni bukan hasanah, kesian kau sis. Ko name and shame saja macam Puteri Sarah tu. Ni nak mulia s ...

Katanya bener sis
Skandalnya tu hijabitchster tpi xde klu lgi sape. Lakinya ni mmg total man bitch

KarinaKapur Publish time 16-4-2023 06:32 PM

evlinne replied at 16-4-2023 06:28 PM
Katanya bener sis
Skandalnya tu hijabitchster tpi xde klu lgi sape. Lakinya ni mmg total man bitc ...

Kisah lama kan ni??

otai_g Publish time 16-4-2023 06:45 PM

Ni rembat artikel dlm paper utusan ke? Soal jawab dgn Sri siantan. Legend tu

KamikuP Publish time 17-4-2023 09:08 AM

99% meolls rasa ni citer hasanah seperti jentik hati yg ntahapahantah kat medsoso tu

tompie Publish time 17-4-2023 09:42 AM

Laki dia dah start buat succession planning.. bijak..
Pada aku as long as takde hubungan yang terlarang, teruskan aje ah..

Kalau dah tau masa dah tak lama, you should make peace la...
Instead of feel bitter about it and yet you cannot do anything about it, might as well restui aje lah.. semua pun aman..

matseh Publish time 17-4-2023 10:19 AM

Tukar Tikar.
Ada cerita Filem Jins Shamsudin pasal ni. Cuma bini 1st tu Gila. X ingat apa tajuk. Kakak gila, suami kawin adik.
Kseiannya sbb tahu masa sakit.

theotherfriend Publish time 4-5-2023 06:02 PM

iols baca. kat iium ke krt mcm tu.

Memang wujud cerita macam. My ex-uni matemasuk IJN lama. Laki dia siap pasang baru, family laki pun sokong sebab katanya my friend tu pun bukan hidup lama.
My friend keluar dari rumah kelamin derang, the husband took everything n bawak penyondol tu masuk.

Turun naik court since 2019 rasanya, hujung
2022 plot twist. Ex laki sudden death kat dalam rumah kelamin, court case masih pending.

Jiran2 talipon polis sebab nampak penyondol keluar tergesa2 dan tak balik, the ex pulak tak keluar rumah sejak tu. Polis called my friend sebab the house still in her name (tak pasti check macam mana) and she is quite well-known in that area.

Atas nasihat nieces and nephews (mereka takder anak) yang celik undang2, penama rumah n what-nots terus tukar nama my friend sebelum sempat family ex masuk campur.

Cerita ni terjadi depan mata weols, so Iols tak pelik kalau citer kat thread ni betul. Some people thought kalau sakit teruk, yang hidup mesti cari ganti terus. Jahat lehnat betul.

btw my fren tu non-muslim

Mamason Publish time 29-5-2023 03:02 PM

Kesiannya.. besar dugaan sis.Moga tabah.

hokeypokey Publish time 1-6-2023 02:14 PM

rasa marah baca cerita ni sampai taktau nk komen apa

mawardia Publish time 11-6-2023 12:14 PM

KarinaKapur replied at 16-4-2023 06:32 PM
Kisah lama kan ni??

A'ah cerita lama. I ols nak sgt tahu zantan tu kawen ke tak dgn adik ipar dia tu. Zalim ya check in dgn laki akak sndiri time akak bertarung nyawa dgn kanser. Sumpah memang zalim betul.

mawardia Publish time 11-6-2023 12:18 PM

tompie replied at 17-4-2023 09:42 AM
Laki dia dah start buat succession planning.. bijak..
Pada aku as long as takde hubungan yang terlar ...

Crita lama ni. I da penah tgk gambar ss Whatsapp conversation laki nya dgn adik nya. Ada gambar IC semua (tujuan: untuk check in). Siap belikan adik ipar baju seksi warna biru. Akak ni jumpa smua bukti tu. Tu yg she ols down sungguh tu.

I x tau dia hidup lg ke x. Rasanya akak tu pun dah xde sebab time tu memang kanser dia tahap tak boleh buat apa dah. Doc bg painkiller je.

Tinot7 Publish time 11-6-2023 01:36 PM

mawardia replied at 11-6-2023 12:21 PM
I still remember when I wanted to put my husband's name as penama kat epf I, kengkawan I ckp takya ...

Takleh letak nama anak ka, parents ka?

Tinot7 Publish time 11-6-2023 02:45 PM

Edited by Tinot7 at 11-6-2023 02:49 PM

mawardia replied at 11-6-2023 02:13 PM
Parents maybe. Anak I OKU. Kalau letak nama dia, nanti duit tu pi kat penjaga dia jugak. Sebab ana ...

Kalau namakan anak, pastu duit pi kat penjaga dia, ok la.. maknanya dia tau duit tu utk anak. Iols sarankan mcm ni tapi last2 sbb muslim, nnt deme kira ikut faraid jugakk..

Bila dah meninggal, urusan dunia dah tak penting lagi..

chiyoasuka Publish time 28-7-2023 01:35 AM

semoga tabah…
Pages: [1]
View full version: Isteri Derita Sakit Kanser,Suami Asyik Hilang Tengah Malam Disondol Adik Kandung Sendiri


ADVERTISEMENT