mattzzx Publish time 13-4-2023 08:55 AM

Chong Wei calon terbaik - BAM

https://assets.bharian.com.my/images/articles/noza_1681285161.jpg
Norza (kiri) sahkan BAM melantik Chong Wei sebagai pengurus skuad badminton RTG.

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mencadangkan nama Datuk Lee Chong Wei sebagai pengurus pasukan badminton Road to Gold (RTG).

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, berkata sebagai legenda dan antara pemain terhebat dunia, Chong Wei adalah calon terbaik bagi menggalas tanggungjawab berkenaan.

"Chong Wei memenuhi semua kriteria. Beliau mempunyai pengetahuan, pengalaman ketika bergelar pemain, mengetahui keperluan pemain era moden ini dan cukup dihormati oleh pemain lain.

"Tiada orang yang lebih baik untuk menjadi pengurus pasukan dalam usaha kami untuk mencapai impian emas di Paris," kata Norza dalam satu kenyataan hari ini.


Sementara itu, Chong Wei, 41, yang juga pemenang pingat perak tiga kali Sukan Olimpik, berkata beliau bangga dengan peluang untuk membantu prospek emas negara dan menyatakan komitmen untuk membantu pemain meraih kejayaan tahun depan.

"Walaupun saya sudah menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa RTG dan jika dilantik sebagai pengurus pasukan badminton RTG, ini bermakna saya boleh beri tumpuan yang lebih terhadap badminton dan lebih dekat untuk membantu mereka dalam persiapan.

"Ini adalah tanggungjawab yang besar, tetapi jika dilantik, saya bersedia untuk memikulnya dan memainkan peranan saya untuk membantu Malaysia.

"Memenangi emas Olimpik pertama sudah menjadi agenda negara dan ia menjadi harapan setiap rakyat Malaysia. Sudah tentu, saya menyedari kesukaran tugasan ini, tetapi saya teruja dengan prospek untuk dipilih," kata Chong Wei yang juga ahli Panel Penasihat Teknikal ABM.

Daripada 15 atlet yang tersenarai dalam program RTG, 11 daripadanya membabitkan wakil daripada sukan badminton iaitu pemenang gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik selain pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia dan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah.

Turut tersenarai tiga beregu profesional iaitu satu wakil dalam beregu lelaki, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan dua pasangan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2023/04/1089119/chong-wei-calon-terbaik-bam
Pages: [1]
View full version: Chong Wei calon terbaik - BAM


ADVERTISEMENT