CARI-MAL Publish time 12-4-2023 01:04 PM

Tak Sempat Shopee Mengucap, 13,000 Botol Sambal Nyet Sold Out Dalam 2 Minit!

Khairul Aming tidak menyangka perniagaan Sambal Nyet berjaya terjual sehingga 13,000 botol dalam masa dua minit semalam.


Menurut pempengaruh itu, ia merupakan rekod terbaharu selama tiga tahun menceburi pernigaan berkenaan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/12/130335gkffu77pmstustpe.jpgIG




Khairul Aming berkongsi perkara berkenaan di akaun media sosialnya seperti TikTok dan Instagram.


Menerusi video berkenaan, dia memuat naik rakaman jualannya di Shopee mendapat sambutan yang menggalakkan dengan menunjukkan notifikasi pembelian tanpa henti dan sangat laju diterima di telefon pintarnya.




https://www.instagram.com/p/Cq5Dx6Kg738


https://www.instagram.com/p/CqvJrkkAXxn


Video berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang memberikan pelbagai reaksi.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/12/130335fbyxz87adbvgz8yb.jpg



Baru-baru ini tular Khairul Aming menyantuni pekerjanya dengan belanja baju raya serta memberikan wang sebagai bonus raya sempena permintaan berkali ganda di bulan Ramadan




Sumber: Gempak

msdummy.2018 Publish time 12-4-2023 03:11 PM

Betul tak...tuhan double kan balik kengkonon kweugian ko belnaja staff bonus tuh sma sb ko ikhlasss meniaga dan hrgai staf2 ko...xrugi jaga stafff

electricopop Publish time 13-4-2023 11:36 AM

Tahniah lah... tapi sambal dia idoq lah sesedap sangat.

labusayong Publish time 13-4-2023 02:12 PM

i have nothing against KA tapi review jujur sambal dia manis for me. dia bkn sambal penyet, kalau guna utk buat nasi goreng mmg akan manis, xde la pedas berdesing pon. dia rasa sedap cuma manis mcm xde faktor buatkan i nak battle utk sambal ni. but u ols blh la cuba sesapa yg belum tu

pheonix84 Publish time 13-4-2023 03:15 PM

bagi daku, sambal nya sedap..buat nasi goreng, perghhhhh

krimkraker Publish time 16-4-2023 03:36 PM

Nak tanya forummer sini....selain sambal KA ni...ade suggestion tak sambal brand lain yg sedap? Kat shopee tu banyak orang jual sambal, tapi kadang2 reviu 5 star pun xbole caya sangat.

doridori_hi Publish time 16-4-2023 03:41 PM

Kawan iols pernah beli, katanya tak cukup pedas...iols tak pernah beli

IzzahF Publish time 17-4-2023 05:21 PM

bulan2 posa nk kalo perut tak tahan bole cirit makan sambal ni
bijik cili penuh, jenuh nk asing

LemakPetai Publish time 18-4-2023 01:11 AM

Ada org kata tak sedap, tapi bg i sedap je. Tekak masingĀ²

vanillaninja Publish time 19-4-2023 08:42 AM

krimkraker replied at 16-4-2023 07:36 AM
Nak tanya forummer sini....selain sambal KA ni...ade suggestion tak sambal brand lain yg sedap? Kat...
I penggemar sambal. Segala jenis sambal I dah beli dekat Shopee tu.

Kalau you suka sambal bilis, apa kata you cuba Sambal Bilis Sentap. Ada jual dekat Shopee. Dah berbotol2 I beli sebab banyak2 sambal, sambal ni paling sedap.

I baru je dapat Sambal Nyet ni kelmarin, bukan taste I :lol:


mast3rshad0w Publish time 19-4-2023 10:23 AM

vanillaninja replied at 19-4-2023 08:42 AM
I penggemar sambal. Segala jenis sambal I dah beli dekat Shopee tu.

Kalau you suka sambal bilis, a ...

sambal nyet bukan kategori yg power la kan?:lol:

vanillaninja Publish time 19-4-2023 11:07 AM

mast3rshad0w replied at 19-4-2023 02:23 AM
sambal nyet bukan kategori yg power la kan?

Ikut tekak masing2. Ada je yang rasa sedap kan. But I personally rasa sambal tu macam sambal penyet kebanyakan yang kedai2 makan jual :lol:

mast3rshad0w Publish time 19-4-2023 11:49 AM

vanillaninja replied at 19-4-2023 11:07 AM
Ikut tekak masing2. Ada je yang rasa sedap kan. But I personally rasa sambal tu macam sambal penye ...


hahaha, dah agak dahhh...
itula, media pandai memanipulasi...
itula cara wat duit ahir zaman:lol:

Pages: [1]
View full version: Tak Sempat Shopee Mengucap, 13,000 Botol Sambal Nyet Sold Out Dalam 2 Minit!


ADVERTISEMENT