mattzzx Publish time 11-4-2023 04:40 PM

Bagnaia lebih kuat musim ini

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/gp_1681181881.jpg
BAGNAIA juara bertahan MotoGP.

London: Juara MotogGP Francesco Bagnaia memburu kemenangan keduanya bagi musim 2023 di Red Bull Grand Prix Americas hujung minggu ini.

Pelumba Itali itu bangkit daripada ketinggalan 91 mata untuk memintas Fabio Quartararo musim lalu dan tampak lebih kuat musim ini, menurut bekas juara dunia superbike Neil Hodgson.

Bagnaia memenangi perlumbaan pembuka musim MotoGP di Portugal dan menduduki tempat kedua kejohanan di belakang Marco Bezzecchi yang menjuarainya di Argentina.

Namun pengulas sukan BT Sport, Hodgson berkata, dengan satu kejuaraan dimilikinya, Bagnaia memperoleh keyakinan untuk menambah kemenangan.

Menurutnya: "Perkara paling sukar ialah menang yang pertama. Ramai orang berkata perkata paling sukar ialah mempertahankan kejuaraan tetapi saya tidak bersetuju sama sekali.

"Perkara paling sukar ialah memenangi yang pertama dan dia berjaya melakukannya. Dia memecahkan banyak rekod selepas bangkit sejauh itu.

"Dia ketinggalan 91 mata pada satu ketika tetapi tiada siapa sangka dia mampu melakukan keajaiban.

"Sekarang, lihat apa dilakukannya ketika pramusim. Dia memang hebat, jelas pelumba paling laju dan tampak benar-benar bersedia."

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/04/955560/bagnaia-lebih-kuat-musim-ini
Pages: [1]
View full version: Bagnaia lebih kuat musim ini


ADVERTISEMENT