sfhzuraz Publish time 10-4-2023 03:09 PM

Pegawai kanan bersara, perubahan jawatan penting PDRM tahun ini

Pegawai kanan bersara, perubahan jawatan penting PDRM tahun ini


Skuad Khas Harian Metro
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/KB200323NN003_1681108886.jpg
GAMBAR hiasan.



Kuala Lumpur: Pengumuman Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung pertukaran beberapa jawatan penting dalam pasukan itu sejak dua minggu lalu bakal menyaksikan rombakan pengurusan Bukit Aman.
Ia susulan persaraan wajib pegawai kanan pada tahun ini menyebabkan beberapa kerusi 'penting' pasukan itu kosong.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan bakal mengisi kekosongan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang ditinggalkan Datuk Seri Abd Jalil Hassan.
Kekosongan jawatan turut diisi Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kasim yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pengurusan PDRM.
Jawatannya akan diganti Ketua Polis Pulau Pinang seperti diumumkan Menteri Dalam Negeri ketika sidang medianya pada minggu lalu.
Beberapa jawatan lain yang akan kosong pada tahun ini ialah Ketua Polis Negara yang tamat kontrak pada Ogos ini.
Susulan persaraan wajib itu, PDRM bakal menyaksikan rombakan besar-besaran dalam pasukan terbabit.
Ini berikutan beberapa pegawai kanan lain antaranya Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad dan Timbalan Pengarah Pengurusan, Datuk Nerita Yaacob juga akan bersara wajib pada tahun ini.
Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution mengumumkan perubahan jawatan dalam PDRM adalah sebahagian daripada pertukaran beberapa jawatan penting yang diputuskan dalam mesyuarat SPP.
"Seperti yang sudah diumumkan sebelum ini, jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur kosong selepas Datuk Azmi Abu Kassim, dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.
"Justeru, SPP memutuskan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, mengisi jawatan berkenaan dalam masa terdekat.
"Pengumuman jawatan tertinggi ini akan dibuat oleh Urusetia Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat,"katanya.
Saifuddin dilaporkan berkata, pertukaran ini akan membabitkan beberapa jawatan Ketua Polis Negeri lain.
"Sebelum ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay diumumkan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang baharu dan jawatan Pengarah JSJN juga akan diumumkan oleh Urusetia PDRM," katanya.
Pada 14 Mac lalu, Urusetia PDRM mengumumkan pelantikan Azmi sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman bagi mengisi kekosongan jawatan itu susulan persaraan wajib penyandangnya Datuk Seri Zaini Jass pada 9 Mac lalu.


Disiarkan pada: April 10, 2023 @ 2:41pm




sumber




Pages: [1]
View full version: Pegawai kanan bersara, perubahan jawatan penting PDRM tahun ini


ADVERTISEMENT