tatod Publish time 9-4-2023 10:11 AM

Balkoni Ala Liang Lahad Disewakan Sebagai Bilik, Sebulan RM600, Bimbang Jadi Trend, PBT Digesa Bertindak

Kecoh di Twitter kes bilik sewa dengan kadar mahal dan tidak masuk akal di sekitar Lembah Klang.


Seorang pelayar yang berasa kecewa membuat perkongsian bergambar yang menyaksikan sebuah ruang sempit dipercayai di kediaman jenis bertingkat dijadikan bilik sewa.


“Bilik balkoni ya,” demikian ciapannya disertakan dengan emoji menangis.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/09/100736c5yrd7qw1tvqyvcq.png



Jika diteliti gambar yang dikongsi, bilik sewa yang diiklankan itu adalah ruang balkoni yang telah diubah suai menjadi sebuah bilik yang mana pintu gelangsar jenis cermin dipasang dan berfungsi sebagai dinding.


Melihat keadaan bilik sewa itu, jelas sekali ia tidak kurang sesuai untuk diduduki kerana faktor saiz, keselamatan, pengudaraan dan sebagainya.


Saiz bilik tersebut hanya cukup untuk meletakkan sebuah katil single dan meja kecil, selain terdapat kipas dinding, lampu dan langsir untuk menutup sliding door.


Ruang untuk berjalan juga amat sempit, begitu juga lebihan ruang balkoni di bahagian luar yang menghadap pemandangan bangunan dan pokok menghijau.


Iklan ini menarik perhatian ramai sehingga ada yang melihatnya seperti liang lahad, tempat orang sakit dan macam-macam lagi.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/09/101018k9e44vvx9sbgkabs.jpg



Ramai yang mengkritik dan mengecam tindakan pemilik kediaman ini yang tergamak melakukan pengubahsuaian demi mengaut keuntungan berganda melalui ruang kecil yang disewa.


Namun bagi penyewa, disebabkan mahu mencari lokasi strategik dan berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam atau pejabat barangkali, mereka tiada pilihan selain akur menyewa di kediaman sempit dan tidak selesa seperti ini.


Ramai berpandangan, trend bilik sewa sebegini perlu diberi perhatian oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana pemilik sesuka hati mengubah suai rumah tanpa menghiraukan aspek keselamatan.



Menurut seorang pengguna Twitter, pemilik yang mengubah suai rumah tanpa kelulusan bertulis daripada PBT boleh dikenakan saman.


“Kalau tak silap ada satu department ni, kita boleh buat aduan dan pemilik atau ejen boleh kena saman sebab rumah tak ikut spesifikasi atau ubahsuai ikut suka,” tulisnya.





sumber: mStar

swimswim Publish time 9-4-2023 10:28 AM

Ya tohan. Dah la kecik, harga rm600 plak tu. Gilos. Baik sewa rumah and share dgn kwn2 je

MisXoXo Publish time 9-4-2023 11:40 AM

Bersepah org buat.terpk kalaulah kebakaran..mcmanalah nk selamatkan diri kalau sempit berpatition mcm tu.aduan?? Msia ni ko buatlah aduan mmg ke longkang ajalah masalah ko tu

SalenaGomez Publish time 9-4-2023 12:59 PM

MisXoXo replied at 9-4-2023 11:40 AM
Bersepah org buat.terpk kalaulah kebakaran..mcmanalah nk selamatkan diri kalau sempit berpatition mc ...

Rasanya kondo ni dkt dgn aeon shah alam…background nampak aeon

AbukRokok Publish time 9-4-2023 01:56 PM

apa bestnya sampaikan harga mengalahkan Pj dan bangsar

zarulnazmi Publish time 9-4-2023 03:46 PM

Agaknya inilah bilik yang sebenarnya Sudin nak cakap dalam Seniman Bujang Lapok.

nakkomenjugak Publish time 9-4-2023 04:06 PM

Ni yang Emira tu ke apa? 600 untuk bilik sekangkang cucu kera? Hell no

sayurmayur88 Publish time 9-4-2023 06:31 PM

kawan iols menyewa bilik kt putrajaya, ruang tamu tu pun ada yg owner bg sewa jd "bilik"
rate 300 ke 600 sebilik .

zuuu Publish time 9-4-2023 07:52 PM

Harga mahal sanggat,kalo dapat diskaun 50%maybe aq akan mempertimbangkan... oleh gak mmberi kesedaran untuk selalu ingat mati

doubleharmonic Publish time 9-4-2023 10:50 PM

bilik ni ada ekon ke takde? standard harga 600 gitu untuk bilik kecik biasa ada ekon tapi pakai meter dia sendiri so penyewa kena bayar bil letrik untuk penggunaan ekon tu jah

dekmieDandy Publish time 10-4-2023 09:56 AM

ahaaa aku pun pernah survey bilik camni dulu

tapi sebab takut panas, terus cancel

biskutraya Publish time 10-4-2023 12:16 PM

Seram plak bilik balkoni.. jenis tido mengigau mcm aku tau2 bangun dah kene soal dlm kuburje.. huhu...

HabukBesi Publish time 10-4-2023 01:45 PM

ni selesa... kalau dlm kubor hanya kau beralaskan tanah je berdindingkan lahad :(

myakayina Publish time 10-4-2023 02:25 PM

tambah lagi dlm 100 lebih boleh dpt sewa sebijik flat dah..klu nsb baik flat yg semi furnished lagi..ada tv, peti ais, mesin basuh..

otai_g Publish time 15-4-2023 11:34 AM

Ni la realitinya kat kl. Mn ko nk Cr bilik murah siak. Maybe 600 tu da masuk api air.

Farnor Publish time 16-4-2023 02:09 AM

Nak jd mcm singapore or japan..adoii

meya Publish time 17-4-2023 07:10 PM

Nilah perangai orang kebulur tak cukup duit …bagi dia duit dia bawak masuk kubur.

Meiizu Publish time 18-4-2023 09:42 PM

Me olllss nak tergelak tapi nmpk selesa ehh ada sea view tak? Buh aircond best kot

chiyoasuka Publish time 28-7-2023 02:33 AM

tak boleh nak tidur klu bilik kecil mcm ni.. pandai sesak nafas
Pages: [1]
View full version: Balkoni Ala Liang Lahad Disewakan Sebagai Bilik, Sebulan RM600, Bimbang Jadi Trend, PBT Digesa Bertindak


ADVERTISEMENT