Lelaki Merungut Bayar Rm21 Untuk 3 Ekor Keli Saiz Jari, Banding Dengan Beli Nasi Bungkus ‘Mamak’ Dan Ikan Timbang Kilo
Seorang pemuda turut berkongsi luahan hatinya yang kesal apabila terpaksa membayar RM21 untuk membeli tiga ekor ikan keli di sebuah gerai."Kali ni terkena dekat diri sendiri. Pergi bazar nampak satu gerai ni dah nak tutup tapi ada lauk sikit lagi tak habis.
"Jadi kita pun pergilah beli ikan keli tiga ekor nak bagi habis. Tiga ekor ikan keli harga RM21 atau RM22 macam tu kalau tak silap.
"Nasi putih harga lain. Kalau pergi mamak beli nasi tambah lauk ayam goreng berempah besar, sayur, kuah campur untuk dua bungkus baru RM18.50," ujarnya di Facebook.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/09/095947vo8vcs7cvulsku7d.jpg
Dia turut memuat naik foto ikan berkenaan yang ditutup dengan dua jarinya, seolah-olah untuk menunjukkan perbandingan saiz..
Tambahnya lagi, harga cekik darah yang diletakkan oleh peniaga menyebabkan dia teragak-agak untuk menyokong perniagaan yang diusahakan oleh bangsa sendiri.
Malah, dia turut membuat perbandingan antara harga ikan keli di kawasannya yang dikatakan jauh lebih murah berbanding harga di gerai tersebut.
"Betullah orang kata, bukan tak nak support bangsa sendiri berniaga, tapi harga kadang ada yang cekik darah!
"Sedangkan kawasan saya kawasan kampung ikan keli dekat sini sekilo baru RM7 ke RM7.50 kalau saiz macam dalam gambar sekilo dapat dalam enam ke tujuh ekor RM7.
"Sekali beli kat bazar RM21 tiga ekor ikan keli sahaja," tulisnya menerusi group B40 Buat Perangai Apa Harini.
Menjengah ke ruangan komen, ada netizen turut menyelar pelanggan itu kerana tidak bertanyakan harga sebelum membuat pembelian.
Dalam pada itu, ada juga pelayar Facebook yang memberikan sokongan buat pelanggan itu dan berharap para peniaga tidak mengenakan harga cekik darah pada bulan Ramadan.
Sumber: mStar
what... :mad: Ikan keli ni kat pasar murah tau.antara ikan termurah.markup hrga melampau mcmni berkat ke rezeki harga melayu pegi haji kat neraka balik hari… Kat family store, Keli sekilo 4.99, Siakap sekor 8.99. Seedless grapes size s 5.99.
Sayur2 seikat 2.99.
Mahalnya keli. I rasa kalau kat pasar jual tu murah murah je. Cerita brader ni jadi pengajaran untuk I. Tak payahlah kita tolong peniaga nak habiskan sisa jualan dia tu. Silap hari bulan, kita pulak kena ketuk. mahal sgt tu naik harga
Pages:
[1]