boca120879 Publish time 7-4-2023 10:11 AM

Hadith Dhaif

Edited by boca120879 at 7-4-2023 02:25 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Abu Daud no. 2130Darjat: Dhaif
Diceritakan oleh Sa'id bin Manshur, diceritakan oleh Isma'il bin Zakariya, daripada Mutharrif, daripada Bisyr Abu Abdullah, daripada Basyir bin Muslim, daripada Abdullah bin 'Amr,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tidak ada yang mengharungi lautkecuali orang yang berhaji atau berumrah.Atau orang yang berperang di jalan Allah.
Sesungguhnya di bawah laut terdapat api.Dan di bawah api terdapat laut."

boca120879 Publish time 7-4-2023 05:17 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Ibnu Majah no. 1742Darjat: Dhaif
Diceritakan oleh Ali bin Muhammad, diceritakan oleh Waki', daripada Sa'dan Al Juhani, daripada Sa'd Abu Mujahid Ath Tha'i,daripada Abu Mudillah, daripada Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Ada tiga (3) orang yang tidak akan ditolak doanya.
1) Imam (pemimpin) yang adil.
2) Orang yang berpuasasehingga berbuka.
3) Dan doa orang yang teraniaya.
Allah akan mengangkatnyadi bawah naungan awan pada hari kiamat.Pintu-pintu langit akan dibukakan untuknya
seraya berfirman,"Demi keagungan-Ku,sungguh Aku akan menolongmuwalaupun setelah beberapa saat."



boca120879 Publish time 7-4-2023 05:38 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Tirmidzi no. 3537Darjat: Dhaif
Diceritakan oleh Shalih bin Abdullah, diceritakan oleh Ja'far bin Sulaiman, daripada Tsabit Al Bunani,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Hendaklah salah seorang di antara kalianbenar-benar meminta hajat kepada Tuhannya.
Sehingga dia meminta garam, dan sehingga tali sandal yang putus pundia akan meminta kepada-Nya."

boca120879 Publish time 8-4-2023 11:23 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Ibnu Majah no. 4004Darjat: Dhaif
Diceritakan oleh Hisyam bin 'Ammar, diceritakan oleh Shadaqah bin Khalid, diceritakan oleh 'Utbah bin Abu Hakim, diceritakan oleh bapa saudaranya ('Amru bin Jariyah), daripada Abu Umayyah As Sya'bani,
"Abu Umayyah As Sya'bani pernah bertemu dengan Abu Tsa'labah Al Khusyani dan bertanya, "Apa yang kamu buat dengan ayat ini?"
Abu Tsa'labah Al Khusyani kembali bertanya, "Ayat yang mana?"
Abu Umayyah As Sya'bani lalu membaca,
Surah Al-Maidah 5:105
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنْفُسَكُمْ(Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu)
لَا يَضُرُّكُمْ مَنْ ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ(Tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudarat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk.)
إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ(Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.)
Abu Tsa'labah Al Khusyani lalu berkata, "Kamu bertanya kepada orang yang tahu, aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang itu.
Dan Rasulullah s.a.w. menjawab,"Iaitu mereka saling memerintahkan kepada kebaikan dan saling melarang pada yang mungkar.
Sehingga jika kamu melihat bakhil ditaati, hawa nafsu diikuti, dunia diutamakan, setiap orang bangga dengan pendapatnya,dan kamu melihat perkara tidak sesuai denganmu.Maka kamu harus kembali kepada mata hatimu.
Kerana sesungguhnya di belakang kalian adalah hari-hari kesabaran.Kesabaran saat itu seperti seseorang menggenggam bara api.
Bagi orang yang beramal pada saat itu,seperti pahala lima puluh (50) orang yang mengamalkan amalan tersebut."

boca120879 Publish time 8-4-2023 11:38 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.​
Hadith Ibnu Majah no. 4250Darjat: Dhaif

Diceritakan oleh Hisyam bin Abdul Malik Al Himshi, diceritakan oleh Baqiyah bin Al Walid, diceritakan oleh Ibnu Abu Maryam, daripada Dlamrah bin Habib, daripada Abu Ya'la Syaddad bin Aus,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Orang yang berakal (bijak) adalah orang yang boleh menahan nafsunya dan beramal untuk (hari) setelah kematian.
Dan orang yang lemah adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan selalu berangan-angan (kosong) atas Allah."

boca120879 Publish time 8-4-2023 11:53 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.​
Hadith Ibnu Majah no. 1606Darjat: Dhaif
Diceritakan oleh Muhammad bin Ma'mar, diceritakan oleh Muhammad bin Bakr, diceritakan oleh Abdullah bin Ziyad, diceritakan oleh Abu Ubaidah bin Abdullah bin Zam'ah, daripada Ibunya, daripada Ummu Salamah,Nabi s.a.w. bersabda,
"Dosa merosakkan tulang mayat sama dengan dosa merosakkan tulang orang hidup."

boca120879 Publish time 8-4-2023 12:56 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.​
Hadith Tirmidzi no. 1844Darjat: Dhaif
Diceritakan oleh Abu Muhammad bin Aban, diceritakan oleh Yazid bin Harun, daripada Syarik , daripada Laits, daripada Ikrimah, daripada Ibnu Abbas,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Bukanlah termasuk golongan kami,
mereka yang tidak mengasihi kanak-kanak.
Dan tidak pula menghormati orang yang lebih tua.
Serta tidak menyuruh yang makruf.Dan melarang yang mungkar."

boca120879 Publish time 9-4-2023 07:34 AM

Edited by boca120879 at 8-4-2023 11:49 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Abu Daud no. 4297Darjat: Dhaif
Diceritakan oleh Musaddad, diceritakan oleh Husyaim, daripada Dawud bin Amru, daripada Abdullah bin Abu Zakariya, daripada Abu Darda,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya pada hari kiamat,
kalian akan dipanggil dengan nama-nama kalian dan nama bapa-bapa kalian.
Maka perelokkanlah nama kalian."

boca120879 Publish time 9-4-2023 07:50 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.​
Hadith Abu Daud no. 1863Darjat: Dhaif​
Diceritakan oleh Katsir bin 'Ubaid, diceritakan oleh Muhammad bin Khalid, daripada Mu'arrif bin Washil, daripada Muharib bin Ditsar,
daripada Ibnu Abbas,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Perkara halal yang paling Allah benci

adalah perceraian."


boca120879 Publish time 9-4-2023 01:03 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Tirmidzi no. 1131
Darjat: Dhaif


Diceritakan oleh Abu Salamah Yahya bin Khalaf, diceritakan oleh Bisyr bin Al Mufadhdhal,
daripada Abdullah bin Utsman bin Khutsaim, daripada Isma'il bin Ubaid bin Rifa'ah,
daripada ayahnya (Ubaid bin Rifa'ah), daripada datuknya (Rifa'ah),


"Rifa'ah pernah keluar bersama Nabi s.a.w.
menuju ke tempat solat.


Lalu Rasulullah s.a.w. melihat
orang-orang melakukan urusan jual beli.


Rasulullah s.a.w. pun bersabda,
"Wahai para peniaga."


Lalu mereka (para peniaga) menyambut seruan Rasulullah s.a.w.,
mengangkat leher dan pandangan mereka kepada Rasulullah s.a.w.


Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat
sebagai orang-orang yang berdosa.


Kecuali yang bertaqwa kepada Allah,
berbuat baik
serta jujur."

boca120879 Publish time 20-4-2023 09:30 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Tirmidzi no. 2328Darjat: Dhaif jiddan (sangat lemah)
Diceritakan oleh Suwaid, diceritakan oleh Ibnu Al Mubarak, diceritakan oleh Yahya bin 'Ubaidillah, daripada bapanya ('Ubaidillah), daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Pada akhir zaman nanti,akan muncul orang-orang yang mencari dunia dengan agama.
Mereka mengenakan pakaian di antara manusia dengan bulu kambing kerana halus buatannya.
Lisan mereka lebih manis daripada gula.
Dan hati mereka adalah seperti hati serigala.
Allah a.w.j. berfirman,"Apakah terhadap-Ku mereka berbuat tipu daya?
Ataukah kepada-Ku mereka menentang?
Maka dengan nama-Ku,Aku bersumpah, akan Aku kirimkan satu fitnah di kalangan mereka yang membuat orang sabar kebingungan."
Pages: [1]
View full version: Hadith Dhaif


ADVERTISEMENT