CARI-MAL Publish time 7-4-2023 09:54 AM

Imam Tenang Kucing Kacau Bagi Bont*t Di Muka Ketika Solat Tarawih

Seorang imam tenang apabila tubuhnya dipanjat seekor kucing ketika solat Tarawih di sebuah masjid di Bordj Bou Arreridj, Algeria pada Isnin lalu.


Insider melaporkan, kucing itu pada mulanya, muncul di bahagian kanan iman berkenaan, Walid Mehsas ketika dia membacakan surah al-Fatihah dan mengiau sebelum memanjat jubah Walid seolah-olah memberitahu tentang kehadirannya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/07/095259wfm10f9ebovmemf9.jpgPeople




Kucing itu kemudian beralih dan berlegar-legar di tepi perabot dekat bahagian kanan imam tersebut dan satu ketika memasuki bawah jubah imam yang sedang berdiri itu.


Ia kemudian melompat ke bahagian dada imam berkenaan. Walid cuba memegang kucing dengan tangan kanannya sebelum kedua-dua tangannya memegang haiwan itu.


Kucing itu kemudian melepaskan diri dan memanjat bahu imam tersebut. Ia juga cuba menjilat pipi Walid sebelum ia melompat turun.




5xiKfAFxA0o


Video itu kemudian dikongsi di laman Twitter oleh seorang pengguna bernama Alateeqi dan ia menerima pelbagai komen daripada netizen seperti ada yang menganggapnya sangat lucu.




Sumber: Kosmo

Kurex Publish time 17-4-2023 04:29 PM

kucing iols suka melepak dekat sejadah iols masa tengah solat. iols ok jah. tolak sheols ke tepi sikit
Pages: [1]
View full version: Imam Tenang Kucing Kacau Bagi Bont*t Di Muka Ketika Solat Tarawih


ADVERTISEMENT