mattzzx Publish time 6-4-2023 11:02 AM

Cucu Muhammad Ali bakal gegarkan Las Vegas

https://assets.bharian.com.my/images/articles/06cucu_1680748467.jpg
Biaggo Ali Walsh. Gambar kanan; bergambar bersama datuknya lagenda tinju, Muhammad Ali.

LONDON: Biaggo Ali Walsh sudah bersedia untuk mengikuti jejak legenda tinju Muhammad Ali apabila dijadual membuat penampilan sulung di Las Vegas, 40 tahun selepas datuknya itu memasuki gelanggang pertarungan terakhir di sana.

Prospek lightweight amatur berusia 24 tahun itu dijadual memasuki gelanggang buat kali kedua dalam saingan 'Professional Fighters League' (PFL) dan ia juga adalah yang pertamanya di Vegas - venue yang menyaksikan Ali menempa banyak kejayaan di sana.

Ia adalah di Caesars Palace pada 1980 yang menyaksikan Ali mencabar gelaran heavyweight namun terpaksa akur tewas ditangan Larry Holmes.

Selepas lebih empat dekat, Biaggio yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hotel terkemuka, mengimpikan untuk mengikut jejak langkah datuknya.


"Saya bekerja di Caesars Palace, saya bekerja disalah sebuah kelab malam di sana. Apabila saya berada di sana, kadangkala terlintas dalam pemikiran saya 'wow, datuk saya pernah bertarung di sini. Tempat sangat bersejarah dalam dunia tinju'.

"Kadangkala saya merasakannya. Vegas jelas sebagai sebuah kota pertarungan di dunia, ia adalah rumah saya, tempat saya membesar. Saya lahir di Chicago tetapi berpindah ke sini pada usia enam tahun. Jadi saya membesar di sini di Vegas dan apabila dapat bertarung di Vegas, ia sesuatu yang menarik.

"Saya tidak pernah terfikir ia akan tiba secepat ini, saya berkata kepada diri sendiri, 'Bila saya boleh bertarung di Vegas?. Bila rakan dan rakan sekerja saya boleh hadir menyaksikan pertarungan saya?'.

"Dan ia berlaku sekarang, saya begitu bersyukur, teruja yang saya dapat peluang ini dalam tempoh sesingkat ini." - Agensi

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2023/04/1086641/cucu-muhammad-ali-bakal-gegarkan-las-vegas?utm_source=bh&utm_medium=terkinitabhp
Pages: [1]
View full version: Cucu Muhammad Ali bakal gegarkan Las Vegas


ADVERTISEMENT