tatod Publish time 3-4-2023 09:43 PM

“Mahal Supo Bedil” - Peniaga Kena ‘Sembur’ Jual Sambal Udang RM1 Seekor, Pelanggan Setia Anggap Masih Murah

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/03/213948k363e0j1dzauzj8e.pngGambar hiasan.




Tidak dinafikan sekarang ini ramai yang mengeluh tentang harga makanan mahal di kebanyakan gerai.


Namun bagi seorang lelaki, dia bersyukur kerana masih berpeluang menikmati lauk-pauk pada harga murah di sebuah kedai makan kegemarannya.


"Selama ini, hari-hari biasa selepas balik kerja memang akan singgah satu gerai ni beli lauk-pauk untuk makan malam.


"Sebab utamanya, sedap dan sangat murah. Kos antara RM20 hingga RM30 boleh makan famili berenam, siap sarapan lagi untuk anak-anak sebelum pergi sekolah," tulisnya menerusi satu hantaran di laman Facebook.


Namun ujar lelaki itu, dia terkejut apabila mendengar rungutan seorang pembeli terhadap peniaga yang terkejut dengan harga makanan di kedai berkenaan.


"Sambal udang ni kira macam mana, dik? Adik tu jawab RM1 seekor. Tiba-tiba spontan brader tu cakap mahal... Mboh.. Mahal supo bedil," imbas lelaki itu mengenai perbualan yang didengarnya antara kedua-dua mereka dalam dialek Kelantan.


Dia yang berada bersebelahan pelanggan tersebut mengakui terkejut dengan apa yang disuarakan kerana berpandangan gerai itu masih menjual pada harga berpatutan.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/03/214159oi7zodbd9hbcrd1j.jpgGambar hiasan.


"Kalau rasa mahal pun jangan la cakap secara terus dekat adik tu, jaga juga hati dia. Sebab apa, sebab saya memang regular (pelanggan setia) dekat situ.


"Memang sangat yakin kedai tu jual murah je, tak cekik darah. Dia masak pun memang daripada hati (ikhlas),” ujarnya menerusi satu perkongsian di grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.




Sumber: mStar



Perawankota Publish time 3-4-2023 10:04 PM

Tengok saiz la.. tapi singgit dah kira murah lah tu

CiliPadiSedap Publish time 4-4-2023 08:05 AM

Nak murah masak sendiri. Nate monyet bontot merah cm stinger

tri-max Publish time 4-4-2023 03:04 PM

yg rengsek mahal tu aku conpom kaki tak pernah jejak kat pasar basah
kang aku tarik lato2
baru dia tahu keindahan dunia ... :lol:

Lagubestbest Publish time 4-4-2023 05:02 PM

uish main bilang sekor2 dah udang sambal skrg? lmao. paham je nape customer tu ckp mahal.. udang bila dah masak mengerekot mengecut saiz.

afie_m Publish time 6-4-2023 12:43 PM

dik, kuih pelita pun dah rm1 satu dik..saiz sama kecik mcm dulu..ni kan udang..

shy79 Publish time 7-4-2023 08:58 PM

udang dah rm40 sekilo lah..
beli 7 ekor rm7 lebih..
tu yg belum masak..
kalo rasa mahal beli jela udang kering jer :curse:

evlinne Publish time 7-4-2023 10:16 PM

Kecek klate? Hahahah
Aku yakin mamat tu pegi bandingkan rega mknn kat kl dgn klate sana
Klate bleh la cakap rega mknn semua murah2
Sampai kt kl puak2 mu jugak yg cekik darah

ctaz Publish time 13-4-2023 03:09 PM

BELI KAT PASAR...MASAK JER SENDIRI...LAGU PUAS HATI

tikusmontok Publish time 15-4-2023 07:18 AM

Sskjp baru keluar jajahan jin bertendang kah?

wirazam Publish time 23-4-2023 04:44 PM

Telur rebus bersambal pun org caj RM 1.50 sebiji..ini kan pula udang besar
Pages: [1]
View full version: “Mahal Supo Bedil” - Peniaga Kena ‘Sembur’ Jual Sambal Udang RM1 Seekor, Pelanggan Setia Anggap Masih Murah


ADVERTISEMENT