mattzzx Publish time 3-4-2023 09:04 AM

Bezzecchi banggakan Rossi

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/marco222_1680483561.jpg
MARCO Bezzecchi meraikan kejayaan di podium dengan membawa jersi Argentina yang ditandatangani oleh Messi sendiri. FOTO AFP

Termas de Río Hondo: Marco Bezzecchi meraih kemenangan sulung MotoGP di Grand Prix Argentina, awal pagi tadi sekali gus memberikan kemenangan pertama untuk pasukan Ducati yang dimiliki oleh legenda dan juara kelas perdana tujuh kali, Valentino Rossi.

Pelumba Itali itu menamatkan saingan di hadapan pelumba Perancis, Johann Zarco dengan Alex Marquez, yang bermula di petak pertama, melengkapkan podium ketiga yang kesemuanya menggunakan jentera Ducati.

"Biasanya saya tidak begitu bagus ketika hujan, tetapi hari ini ia luar biasa," kata Bezzecchi.

Bezzecchi, 24, juga mendahului sembilan mata dalam kedudukan keseluruhan selepas juara dunia, Francesco Bagnaia, yang memenangi aksi pembuka musim hujung minggu lalu di Portugal, terbabas dari litar pada pusingan ke-17.

Dia menduduki tempat kedua ketika itu sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ke-16. Bagaimanapun, dia gagal mengutip sebarang mata.

"Sukar untuk menjeskan insiden itu. Saya berada dalam kedudukan dan kelajuan yang sama seperti pusingan sebelumnya dan tiba-tiba terjatuh. Saya mungkin terlalu menekan untuk bersaing meraih kedudukan podium," Bagnaia.

Bezzecchi yang bermula di petak kedua, menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 4.085 saat.

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/04/952624/bezzecchi-banggakan-rossi
Pages: [1]
View full version: Bezzecchi banggakan Rossi


ADVERTISEMENT