tatod Publish time 1-4-2023 09:29 PM

Masuk Lif Tekan Butang Semua Tingkat, Famili Tak Tegur Pun

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202304/01/212602q7yqvaxnxl33dl91.png

Tindakan seorang pemuda yang didakwa sengaja menekan setiap butang di dalam lif mengundang kecaman ramai sehingga dia dituduh sebagai perosak harta awam.


"Lelaki memakai hoodie tekan semua butang setiap tingkat disaksikan kaum keluarga. Lif berhenti di setiap tingkat.


"Ia menyebabkan lif kerap rosak dan menyusahkan residen lain khususnya pelajar sekolah, kanak-kanak, orang bekerja mahupun warga emas. Lokasi Alam Damai, Cheras," tulis pengendali Twitter Malaysia Most Viral.


Menerusi video tular itu, pelaku dilihat menaiki lif bersama keluarganya.


1641750409596526593


Biarpun menyedari tindakannya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV), pemuda itu selamba mengangkat dua jari untuk membuat simbol 'peace' sambil menari terkinja-kinja di hadapan keluarganya.


"Perangai mu****t yang wujud dalam kawasan perumahan berkomuniti begini. Spesis minda ce***a. Penting diri sendiri dan suka menyusahkan dan merosakkan harta awam. Sampah masyarakat. Kaum keluarga pun sama acuan.


"Hidup dalam bermasyarakat mohonlah jaga perangai dan perbuatan. Bukan anda sahaja yang hidup dan tinggal di kawasan tu.


"Dibuatnya ada kes kecemasan dan perlukan lif bergerak cepat tapi dah menjadi lambat disebabkan perbuatan la***at ni, dah menyusahkan orang lain," tulis pengendali Twitter itu lagi.


Video berkenaan bukan sahaja menerima lebih 170,000 tontonan, malah turut dihujani dengan kecaman netizen, termasuklah yang menyamakan tindakannya seperti haiwan.




Sumber: mStar








Supersirap Publish time 1-4-2023 10:18 PM

Jadikan perkara ini sebagai sempadan buat kita semua

bungarose Publish time 1-4-2023 10:30 PM

Orang utan maner terlepas nih

Perawankota Publish time 1-4-2023 10:55 PM

Paling pantang org perangai mcmni

Zazama Publish time 1-4-2023 11:18 PM

Kaka yg tgk ni pun dah terpaling bengang. Kaka yakin hamba itu ada masalah sampingan.

prettyuglybabe Publish time 3-4-2023 12:38 PM

orang setinggan upgrade rumah tinggi..
peghak memang susah nak buang..
Pages: [1]
View full version: Masuk Lif Tekan Butang Semua Tingkat, Famili Tak Tegur Pun


ADVERTISEMENT