mattzzx Publish time 1-4-2023 12:55 PM

Gangguan seksual gemparkan kem basikal


https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/Basikal-1-4-e1680264582718.jpg
SKUAD berbasikal bukit mencipta kejutan pada Sukan SEA di Hanoi tahun lalu apabila menghadiahkan sebutir emas, satu perak dan satu gangsa.


PETALING JAYA: Persiapan skuad lumba basikal negara ke Sukan SEA 2023 gempar apabila berlaku kes gangguan seksual melibatkan jurulatih dan pelumba.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh laporan polis sudah dibuat oleh berkenaan.

Biarpun ketika ini berada di Bangkok untuk mewakili ­Presiden dalam Tour of Thailand, namun Amarjit mengesahkan jurulatih itu digantung sementara sehingga siasatan selesai.

“PKBM telah dimaklumkan mengenai laporan polis yang dibuat oleh pelumba wanita terhadap jurulatihnya.

“Kami mengambil serius perkara ini dan Jawatankuasa Disiplin akan menjalankan siasatan lanjut,” kata Amarjit.

https://pbs.twimg.com/media/FshJSdKaMAA3mh3?format=jpg&name=small

Sementara itu,Utusan Malaysia difahamkan, kes tersebut melibatkan pelumba basikal bukit yang pernah memenangi pingat pada Sukan SEA 2021 di Hanoi.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Taman Cabaran Putrajaya, dan siasatan menyeluruh akan dibuat sebaik sahaja Amarjit kembali ke tanah air.

Kepimpinan tertinggi PKBM akan mengadakan mesyuarat tergemar bagi memutuskan tindakan selanjutnya untuk persiapan skuad Sukan SEA yang tinggal kurang dari dua bulan sebelum beraksi di Kemboja, Mei nanti.

Basikal bukit melakar kejutan besar pada Sukan SEA 2021 di Hanoi apabila membawa pulang satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

Emas diraih dalam acara berpasukan campuran (merentas desa), manakala perak menerusi Nur Assyira Zainal Abidin (individu) dan gangsa diraih Natahsya Soon.

Rentetan kejayaan itu, basikal bukit disenaraikan dalam Program Podium tahun ini.

https://www.utusan.com.my/sukan/2023/04/gangguan-seksual-gemparkan-kem-basikal/
Pages: [1]
View full version: Gangguan seksual gemparkan kem basikal


ADVERTISEMENT