Raline Publish time 31-3-2023 10:19 AM

Wanita banyak peluang ceburi bidang ekonomi biru

Wanita banyak peluang ceburi bidang ekonomi biru

https://assets.bharian.com.my/images/articles/pesisir_1680052348.jpg
Rapatkan jurang gender dalam bidang ekonomi biru agar wanita mampu bersaing dengan pekerja lelaki. - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Pembabitan wanita dalam ekonomi biru atau perniagaan pesisir pantai yang lazimnya diceburi oleh golongan lelaki, perlu dipertingkatkan bagi merapatkan jurang gender dalam bidang berkenaan.

Hakikatnya banyak peluang dibuka untuk wanita bagi menceburi bidang perniagaan di dalam kategori ekonomi biru termasuk perikanan, akuakultur, pemprosesan dan perdagangan hasil laut, pengurusan sisa, pelancongan pantai, aktiviti pemuliharaan, pengurangan risiko bencana pantai serta minyak dan gas.

Namun, dengan persekitaran dan keselamatan maritim lebih terjamin, sudah pasti tiada masalah wanita menceburi bidang ini kerana ia memberi peluang lebih luas untuk diterokai.

Pensyarah Kanan Ekonomi Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Nur Surayya Mohd Saudi, berkata negara boleh terus memberikan peluang yang lebih banyak kepada golongan wanita untuk menceburi bidang ekonomi biru.

Katanya, ini kerana terdapat pertambahan bilangan golongan itu dalam bidang perniagaan ekonomi biru, sekali gus mampu mengangkat wanita ke tahap yang lebih baik.

"Saya yakin wanita mampu memainkan peranan penting dalam sektor ekonomi biru atau perniagaan pesisiran pantai.

"Namun, jika tahap keselamatan tidak terjamin, sebahagian besar aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan ekonomi biru tidak dapat dijalankan dengan berkesan dan kurang menarik minat golongan itu.

"Tanpa tahap keselamatan yang baik, sudah pasti industri di lautan sukar untuk dibangunkan," katanya yang ditemui pada ceramah Hari Wanita Antarabangsa (IWD) 2023 di KL City Art Gallery di sini, baru-baru ini.

Ia disempurnakan oleh Pengerusi Duopharma Biotech Bhd, Tan Sri Siti Sa'diah Sheikh Bakir.

Ceramah anjuran KL City Art Gallery dan SusNet itu bertujuan memberikan perkongsian oleh beberapa panel berpengalaman dalam isu ekonomi, perniagaan, kesihatan, sosial dan pelancongan.

Bagaimanapun, persekitaran dan keselamatan maritim yang mampan antara faktor perlu juga diberi perhatian penting bagi menarik lebih ramai pelabur asing melabur di negara ini.

Mengulas lanjut, Nur Surayya berkata, keselamatan maritim penting untuk menyokong Ekonomi Biru terutama aspek perlindungan daripada ancaman seperti keganasan, pemerdagangan narkotik.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/Surayya-29A_1680052351.jpg
Nur Surayya Mohd Saudi.


Penangkapan ikan secara haram, penyeludupan senjata serta pelbagai jenayah berkaitan persekitaran marin yang menjadi salah satu ancaman paling ketara kepada pertumbuhan ekonomi berasaskan lautan ini.

Oleh itu, katanya semua pihak terutama pertahanan negara perlu memastikan persisiran pantai dan laut sentiasa selamat dan berdaya tahan serta dalam keadaan bersiap sedia terhadap sebarang ancaman selain penguatkuasaan undang-undang.

Tarik wanita ceburi ekonomi biru

Namun katanya, untuk memastikan wanita bersedia menyertai ekonomi biru, bantuan dana serta penyediaan latihan khusus juga perlu diperluaskan bagi menarik lebih ramai golongan itu berikutan bidang ini berpotensi menyumbang kepada pendapatan tinggi negara.

Sebagai contoh di Selangor, pendapatan utamanya disumbang daripada aktiviti di Pelabuhan Klang yang memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat terutama penduduk berhampiran.

"Justeru, kita perlu menggalakkan wanita menceburi ekonomi biru ini, namun cabarannya adalah mereka perlu dibantu dari segi kewangan untuk memulakan perniagaan seperti perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

"Selain itu, wanita juga memerlukan latihan yang dapat memberi nilai tambah kepada mereka contohnya cara bercakap, penampilan, menggunakan teknologi terkini dan media sosial," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2023/03/1083205/wanita-banyak-peluang-ceburi-bidang-ekonomi-biru

nano Publish time 27-7-2023 10:18 AM

Sepatutnya berikan lebih pendedahan dan pengetahuan kepada kaum lelaki mengenai ekonomi biru ni.
Lebih bersesuaian utk para lelaki.
Pages: [1]
View full version: Wanita banyak peluang ceburi bidang ekonomi biru


ADVERTISEMENT