Raline Publish time 31-3-2023 09:44 AM

Rupanya Nak Sotong Pejal & Tak Berair Ketika Masak Kena Cuci Macam Ini, Tak Perlu Rebus!

Rupanya Nak Sotong Pejal & Tak Berair Ketika Masak Kena Cuci Macam Ini, Tak Perlu Rebus!

https://media.siraplimau.com/2022/11/BeFunky-collage-___-1-1.jpg
Disebabkan hidangan goreng sambal memakan masa yang lama untuk ia masak, pasti ramai dalam kalangan anda akan merebus sotong terlebih dahulu secara berasingan supaya ia kekal pejal selain, tempoh menjadi lebih pendek.

Kini, anda tidak perlu lagi rebus untuk memastikan keanjalannya. Melalui perkongsian dari Puan Noris Nora, hanya memerlukan garam kasar bersama beberapa langkah lain ketika mencuci sotong yang ternyata membuatkan sotong menjadi anjal dan tidak berair ketika memasaknya.

DAH TAK PERLU REBUS SOTONG SEBELUM MASAKā€¦

https://media.siraplimau.com/2022/11/7-1.jpeg

Perkongsian ini dilakukan, setelah dia mencuba sendiri cara tersebut yang dilakukan oleh para nelayan di Korea di dalam sebuah dokumentari yang ditontonnya.

Sekadar perkongsian, cara saya cuci sotong. Dulu saya pernah tengok dokumentari nelayan Korea.

Depa basuh sotong kurita cara ini, saya cuba dan hasilnya memang sotong jadi pejal dan tidak berair bila kita masak. Tak perlu lagi rebus sebelum nak masak.

Mungkin sahabat-sahabat MAHN boleh cuba untuk memudahkan cara nak masak sotong.

TIPS BERSIHKAN SOTONG SUPAYA PEJAL & TAK BERAIR
BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:


[*]Garam kasar
[*]Sotong

CARA-CARA MEMBERSIHKANNYA:

https://media.siraplimau.com/2022/11/tx7LW7fT-1-1.jpeg
Potong sotong ikut saiz yang kita nak.

https://media.siraplimau.com/2022/11/oTMae4i3-2.jpeg


Taburkan garam kasar dalam sesudu dua di dalam bekas berisi sotong (garam halus pun boleh, tapi lagi baik garam kasar).

https://media.siraplimau.com/2022/11/Ueg9cVdi-3.jpeg


Gaul dan ramas-ramas sotong bersama garam tersebut.

https://media.siraplimau.com/2022/11/4-1.jpeg

Ramas-ramas sampai keluar buih macam sabun.

https://media.siraplimau.com/2022/11/5.jpeg

Sotong akan keluarkan buih-buih seperti buih sabun. Ramas-ramas sotong dalam 5 minit atau sampai rasa sotong itu pejal.

https://media.siraplimau.com/2022/11/6.jpeg

Setelah semua buih keluar dan sotong rasa pejal, basuh bersih-bersih sehingga hilang air buih atau air garam itu. InsyaAllah, sotong tak masin jika basuh bersih-bersih.

Kemudian tapis sotong untuk sejat airnya.

DAH BOLEH MASAK!


https://media.siraplimau.com/2022/11/8.jpeg



Tara! Sambal tumis sotong. Bolehlah masak seperti biasa. InsyaAllah, sotong tak keluarkan banyak air lagi.

Sumber: Facebook Noris Nora via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)
https://siraplimau.com/rupanya-nak-sotong-pejal-tak-berair-ketika-masak-kena-cuci-macam-ini-tak-perlu-rebus/

Wheeinout Publish time 3-5-2023 11:31 PM

Tq for the tips ya

Coklatpanas Publish time 26-7-2023 05:23 PM

Tq for the tips yang sangat berguna

C-ra Publish time 27-11-2023 11:27 PM

Tq for the tips...nnt nak cuba l, sbb sblm ni rebus sotong tu sekejap dgn asam keping, pastu baru masak mcm biasa... Cara cmni lg senang...

msdummy.2018 Publish time 9-12-2023 01:30 AM

Aku xpernah rebus sotong dulu...huhuhu
Pages: [1]
View full version: Rupanya Nak Sotong Pejal & Tak Berair Ketika Masak Kena Cuci Macam Ini, Tak Perlu Rebus!


ADVERTISEMENT